Faktor Anwar Dan Pakatan Kalah #PRU13 Akhirnya Terjawab...!!

Faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang mereka impikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan Bernama berkata orang Melayu takut negara ini dipimpin oleh Anwar dan sekutu rapatnya DAP, menyebabkan mereka memberi undi kepada UMNO.

“Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO atau perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), di Yogyakarta, Indonesia, 3 Jun.

Pada PRU13, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO muncul sebagai parti terkuat, 88 kerusi apabila jumlah kerusi yang dimenangi hampir menyamai dengan 89 kerusi yang dimenangi oleh pakatan pembangkang.

“Selain itu kita juga mengambil kira kemenangan Barisan Nasional (BN) di Perak dan Kedah memandangkan kita kalah di dua negeri ini pada PRU-12 lalu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 31 Mei.

Menurut Senator Ezam Mohd Nor peningkatan jumlah kerusi UMNO pada PRU 13 membuktikan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ditolak oleh Melayu-Islam di negara ini.

“Keputusan PRU 13 ini jelas, pertamanya, Anwar gagal memaksimakan undi Melayu dan sokongan pengundi Melayu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib jelas, malah lebih besar.

“Keduanya, perkauman yang wujud hari ini..bermula dari taktik jahat Anwar Ibrahim untuk memaksimakan undi Cina..Ini berlaku secara terancang. Ini pengkhianatan. Dia (Anwar) yang sebenarnya memainkan politik perkauman,” katanya kepada TV3, 9 Mei.



Sumber Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana