Ezam Mohd Noor sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru?

Mungkin ada yang tidak setuju jika Admin katakan...SOKONG bekas Ketua AMK dan sokongan Admin menggambarkan yang pilihan PM Najib adalah yang terbaik buat masa ini memandangkan situasi politik semasa negara.

Cuma mahu bertanya kepada yang membangkang perlantikan Ezam sebagai SETPOL PM. Dalam banyak-banyak pemimpin dan ikon UMNO di Malaysia ni siapa yang betul-betul mempertahankan Najib ketika diserang oleh pelbagai isu? Ketika Najib dan UMNO diserang dari segenap sudut tidak kira dari dalam mahupun luar siapa yang bersuara mempertahankan kepimpinan yang diterajui oleh Najib? Siapa?

Kalau Bukan mereka mereka ini....Siang dan Malam berceramah...Ezam Mohd Noor, Zulkefli Nordin, Zahid Mat Arip, Nallakarupan, Zahrin, dan beberapa lagi nama besar dalam kepimpinan Anwar dahulu telah kembali menyokong kepimpinan PM Najib. Jangan dilupa juga suara siapa yang berani menghentam Anwar dan mempertahankan PM Najib jika bukan mereka-mereka ini. Ada pemimpin UMNO yang nak bersuara? Ada pemimpin UMNO yang berani kehadapan menghentam Anwar dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada PM Najib?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana