Exco Selangor: DAP kecewa, kurang puas hati...

SHAH ALAM: DAP kecewa dan kurang berpuas hati dengan agihan tiga jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang diperuntukkan kepada parti itu.

Dalam kenyataan medianya petang semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu sepatutnya diperuntukkan lebih banyak jawatan kerana mereka memenangi banyak kerusi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Walaupun kecewa, DAP menerima keputusan itu dan berharap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menepati komitmennya untuk memberi perwakilan yang lebih besar kepada DAP pada masa akan datang," kata Lim.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, DAP memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, iaitu tambahan dua lagi kerusi berbanding tahun 2008. PAS juga mendapat 15 kerusi manakala PKR - 14.

Berikutan itu, DAP diperuntukkan tiga jawatan exco, sementara PAS diberikan empat jawatan dan PKR pula tiga jawatan.

Selain tiga jawatan exco, kerusi speaker DUN Selangor juga kekal milik DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana