Dr M sokong Presiden, Timbalan tak dipertanding

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong jika dua jawatan tertinggi Umno, iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Jawatan lain dalam parti bolehlah dipertandingkan, tetapi jawatan di puncak tak payahlah bertanding," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku The Prisoner's Diaries tulisan Puan Sri Norma Hashim di sini hari ini.

Menurut Dr Mahathir, mengikut amalan demokrasi, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan tetapi orang Malaysia tidak begitu memahami fungsi demokrasi.

"Kalau kalah, mereka akan tarik diri dan tubuh parti lain dan memecahkan Umno, (jadi) saya tidak setuju pertandingan diadakan tetapi kalau ada pertandingan, Umno akan pecah dua.

"Malaysia sudah ada tiga parti Melayu, akan jadi empat (kalau Umno pecah) dan lama-kelamaan akan pecah langsung. Sebab itulah saya tak sokong pertandingan," katanya lagi.

Setakat ini, beberapa pemimpin Umno juga mengeluarkan kenyataan yang hampir senada tidak mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana