Desakan tekan pengguna - SPAD..Alasan Spare Parts Tinggi...Inilah Mainan Halus Pembekal Cina DAP

KUALA LUMPUR 16 Jun - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyifatkan tindakan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan tambang bas ekspres sehingga 30 peratus menjelang musim perayaan Aidilfitri sebagai tekanan tidak munasabah terhadap pengguna.

Sehubungan itu kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pihaknya akan memanggil persatuan itu minggu hadapan untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Tegasnya, PMBOA tidak sewajarnya mengancam pengguna untuk tidak menjual tiket bagi mendesak permintaan tersebut ditunaikan.

"Mereka mengambil kesempatan untuk tidak menjual tiket bas bagi sambutan hari perayaan untuk meminta kenaikan tambang secara tetap. Apabila mereka membuatnya secara serentak, ini adalah satu tekanan yang tidak munasabah.

"Apabila dua isu ini digabungkan, adalah tidak adil kepada pengguna yang hendak balik raya. Kita akan teruskan perbincangan, tetapi kalau perlu, kita akan ambil tindakan tertentu supaya penumpang tidak terkandas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PMBOA sebelum ini dilaporkan mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres mencecah 30 peratus dan memilih tidak menjual tiket seawal bulan Julai dan Ogos menjelang Hari Raya Aidilfitri selagi kerajaan tidak menuruti permintaan mereka.

Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali mendakwa kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Aidilfitri, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali sejajar dengan peningkatan operasi yang didakwa kini mencecah sehingga 36 peratus.

Menurut Syed Hamid, dalam isu tuntutan untuk kenaikan harga secara tetap, persatuan itu sewajarnya sedar mengenai pelbagai bantuan kerajaan termasuk dalam mengawal harga diesel serta bantuan secara terus kepada bas henti-henti.

Pihaknya juga berharap pengguna tidak akan terkeliru dengan surcaj 10 peratus yang diberikan kepada bas-bas tambahan untuk memenuhi permintaan tinggi pada musim perayaan.

"Sebenarnya, sudah banyak kali perbincangan dilakukan, peranan SPAD adalah menentukan supaya penumpang tidak dibebankan lebih-lebih dalam musim cuti perayaan.

"Kita akan tengok permintaan mereka. Saya difahamkan kenaikan pada 2008 adalah sekitar 24 peratus iaitu daripada 6.85 sen kepada 8.5 sen untuk setiap satu kilometer.

"Tetapi tuntutan lebih 30 peratus yang mereka minta sekarang adalah terlalu mendadak. Mereka mesti melihatnya secara logik dan tidak boleh menganggu jualan tiket untuk Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana