Demo pilihan desak reformasi PRU - Ambiga

KUALA LUMPUR: NGO yang menuntut pembaharuan pilihan raya - BERSIH 2.0 beranggapan protes jalanan adalah pilihan yang ada bagi mereka memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui kegagalan.

Bagaimanapun, kata Pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, kumpulan itu akan terlebih dahulu menggunakan “Tribunal Rakyat” sebagai platform untuk “meneliti” tuduhan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya 2013. Hasil penemuannya akan menjadi asas sokongan kepada kerja reformasi pilihan raya mereka.

“Kita akan jalankan tribunal terlebih dahulu.

“Bergantung kepada hasilnya, kita akan desak reformasi yang relevan. Jika itu gagal, mungkin protes jalanan adalah pilihan yang tinggal,” katanya yang dipetik The Malaysian Insider.

Ambiga sebelum ini berkata “tribunal rakyat” akan bertindak sebagai “kuasa moral” untuk mendedahkan penipuan yang didakwa berlaku pada pilihan raya umum 5 Mei.

Tribunal ini dan penemuannya, kata beliau akan dijadikan asas bagi menyokong desakan peletakan jawatan pegawai kanan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dituduh berat sebelah.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berulang-kali menolak desakan supaya beliau dan pegawainya berundur.

Sebaliknya, menegaskan bahawa mereka telah berjaya mengadakan pilihan raya yang seadilnya sehingga kerajaan berjaya dibentuk termasuk di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

“Bagi saya, SPR tidak menikmati keyakinan orang ramai. Mereka gagal untuk bertindak secara bebas dan gagal dalam melaksanakan proses dakwat kekal secara berkesan.

“Perjuangan kami untuk pembaharuan pilihan raya akan berterusan. Tribunal Rakyat akan diteruskan,” kata Ambiga.

Sebelum ini BERSIH telah mengadakan tiga protes secara besar-besaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana