Datuk Wan Junaidi Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah bangkit memberi amaran keras Mat Sabu

Mat Sabu Oh Mat Sabu! Sudahlah nasib kamu di Pendang merudum sehingga sekarang terpaksa mengharapkan ehsan Selangor. Sekarang hendak bermain api lagi.

Inilah kisah  Mat Sabu yang semakin gian untuk berceramah dipentas Pakatan Rakyat walaupun dia sedar yang rakyat Kedah menafikan haknya dalam PRU13 lepas.

Perangai semula jadi Mat Sabu hanya boleh hidup dengan mempermainkan isu keharmonian dan perpaduan negara demi kepentingan menyambung hidupnya. Almaklumlah Mat Sabu ada PHD status SPM sahaja. Sebab itu Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.

Ini sahaja modal Mat Sabu untuk sambung sara hidup dalam arena Politik Cari Makan dan bukan politik berasaskan perjuangan. Sebab itu Mat Sabu sengaja mainkan isu orang India dan dia tahu PRU13 ramai orang india kecewa, tidak yakin kepada kepada Pakatan Rakyat hingga menolak PAS dan PKR di pasca PRU13. Kalau diikutan sebelum pasca PRU13 kaedah ini juga digunakan sambil-sambil menindas pewakilan india dalam pemilihan calon majlis tertinggi PKR.


Sikap kerana mulut Mat Sabu menyebabkan Datuk Wan Junaidi Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah bangkit memberi amaran keras Mat Sabu.

"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa"

 "Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia

Sepatutnya orang macam Mat Sabu jangan diberi muka lagi jangan dipandang simpati lagi, ambil sahaja tindakan supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain.

Hakikatnya semua yang dilakukan Mat Sabu hanyalah untuk mempromosi diri kepada PAS yang suaranya masih berbisa walaupun dinafikan dalam keputusan pasca PRU13. Hakikatnya PAS kelantan sedikitpun tidak pandang tetapi nasib le PAS Selangor kesian dengan Mat Sabu hingga ada cakap-cakap hendak lantik jadi senator.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana