BN yakin mampu pertahan DUN Kuala Besut

KUALA LUMPUR: BN yakin mampu mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar, semalam.
 
Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada PRU-13.
 
"Kita yakin dapat mempertahankan Dun Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.
     
"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil Umno pusat,"  kata Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Rakyat di sini.
 
Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.

"Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini... biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut," katanya.
 
Abdul Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru.
 
Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.
 
Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
 
BN memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 17 kerusi, PAS menguasai 14 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana