Anwar Resah DAP dan PKR Mula Buka Cerita

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya adalah hasil kegagalan gabungan pembangkang untuk mencapai matlamat menawan 1/3 kerusi parlimen di Sabah.

“Supaya tiga ‘deposit kekal’ negeri Sabah, Sarawak dan Johor, PR boleh mendapat 33 kerusi parlimen untuk membantu PR dalam jumlah kerusinya untuk menawan Putrajaya untuk PR,” kata Lim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PR hanya berjaya memenangi 16.9 peratus kerusi di Sabah, Sarawak dan Johor, iaitu 14 kerusi parlimen (tiga di Sabah, enam di Sarawak dan lima di Johor) daripada 83 kerusi yang ada pada pilihanraya umum ke 13 yang diadakan pada 5 Mei yang lalu.

“BN sepatutnya tewas di empat kawasan parlimen dan lapan lagi kerusi DUN jika undi pembangkang tidak berpecah,” katanya.

Kerusi parlimen yang dimaksudkan ialah P.168 Kota Marudu, , P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala kerusi DUN pula ialah N. 11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.

Pembangkang kini mempunyai 11 kerusi DUN di Sabah, DAP 4 dan PKR 7. Star pula mendapat satu kerusi.

“Malah sebenarnya, pembangkang jika dapat bersatu boleh membawa jumlah kerusi parlimen dan DUN di Sabah kepada 11 (3 masa kini, 4 kerani undi pecah dan 4 lagi P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud) dan 26 DUN (12 masa kini tambah 8 kerana undi pecah dan 6 melalui N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat),” tegas Lim.

Mesej yang Kit nak sampaikan, kegagalan ke Putrajaya adalah kerana Anwar yang tidak mampu memenuhi janji untuk menyusun strategi politik yang lebih berkesan.

Menurut rakan dalam PKR, ‘duit Turki’ yang pada asalnya akan digunakan khusus untuk politik Sabah – tidak sampai dalam amaun yang dijanjikan. Tak cukup. Kita semua tahu bahawa pemain politik di Sabah adalah di tahap EPL dalam kerja beli-membeli. Bayaran perpindahan cukup mahal.

Jangan lupa tulisan Nik Abduh yang antara lain:-

Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI.

Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana