Anwar dakwa titah Agong ditulis oleh kerajaan BN...Inilah dikatakan Bangangnya ANWAR Ni

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi menunjukkan sikap tidak menghormati sistem beraja apabila mempertikaikan titah Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agung Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mahu setiap rakyat menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pada sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar mendakwa teks ucapan yang dibacakan baginda itu disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Dalam menjunjung kasih pada ucapan Tuanku Agung, kita juga tahu ucapan itu adalah ucapan yang dikemukakan oleh kerajaan persekutuan yang terdesak untuk mendapat dukungan.

"Dan oleh yang demikian dalam perbahasan kita akan memperjelaskan tentang pendirian kita sepertimana yang kita jelaskan sebelum ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Selain itu Anwar turut memberitahu pihaknya kini sedang mempertimbangkan untuk mengutuskan surat kepada Yang Dipertuan Agung bagi menjelaskan tentang penyelewengan yang didakwa berlaku pada pilihan raya itu.

Antara lain katanya ialah bukti-bukti yang menunjukkan terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan sebagai keterlaluan.

"Dan jika perlu, kita juga akan menulis warkah terus kepada Agung menjelaskan kecurangan itu terlalu keterlaluan.

"Sikap keterlaluan oleh ahli-ahli suruhanjaya, bukti-bukti penipuan terlalu nyata.

"Kita akan menimbangkan apakah perlu untuk kita kemukakan titah Tuanku dan bagaimana rakyat harus membuat penilaian tentang penipuan," ujar Ketua Umum PKR itu lagi.

Tuanku Abdul Halim ketika bertitah sempena ulangtahun keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agung mengingatkan rakyat agar tidak menanamkan kesangsian serta melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan falsafah persekutuan yang selama ini menjadi dasar penting kejayaan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana