Annuar Musa TIBAI ANWAR Beb Dalam Dewan Rakyat...Cayalah

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dijangka dapat membidas hujah-hujah yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Aziz membidas sikap Anwar yang cuba memperlekehkan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang meminta agar semua ahli parlimen menerima keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

“YB Pembangkang, persoalannya ialah apakah kita memberikan gambaran yang Seri Paduka membaca titah tersebut yang Seri Paduka sendiri tidak faham?

“Apakah itu gambarannya apabila Agong membaca titah tersebut yang daripada kerajaan maksudnya Seri Paduka terpaksa baca, atau dipaksa baca?

“Kita tiada paksaan dan memang kita boleh bahas, memang boleh bahas tetapi kata-kata yang memperbodohkan Seri Paduka bahawa konon-kononnya Seri Paduka hanya membaca memberi gambaran bahawa Seri Paduka tidak faham apa yang dibaca dan tidak boleh tidak bersetuju dengan apa yang dibaca?,” katanya ketika membangkitkan soalan tambahan ketika perbahasan usultitah Yang di Pertuan Agong.

Menurut Antarapos, Anwar tersentak dengan bidasan itu, sambil berkata, “Perlu baca sejarah Melayu, sejarah Cina dan sejarah India dengan cukup, jadi perlu baca Sejarah Melayu dan Perlembagaan. Ucapan titah itu dibuat atas kerajaan yang memerintah, Allah tak faham susah.”

Bangkit pula Anuar Musa mempersoalkan niat Anwar yang seolah-olah tidak faham prosedur yang dilaksanakan berhubung Titah Yang Di Pertuan Agong, walhal beliau pernah menganggotai kabinet kerajaan.

Menurut Annuar, bukan soal tidak boleh dibahas Titah Yang Di Pertuan Agong di dalam Dewan Rakyat, namun yang dibangkitkan adalah komen-komen dalam media yang memperlekeh ucapan Agong dibuat oleh Barisan Nasional (BN).

Yang dibangkitkan di sini adalah beberapa orang daripada kalangan pembangkang memberi komentar kepada media dalam bentuk seolah-olah menghina ucapan Yang di Pertuan Agong.

“Tak perlu Ketua Pembangkang bergoyah bahawa ucapan itu adalah ucapan yang dibuat oleh kerajaan dan dibawa kepada Perdana Menteri, lalu secara simboliknya kemudian diserahkan kepada Ketua Parlimen, tiada siapa mempersoalkan itu, yang dipertikaikan seolah-olah ucapan itu dibuat oleh Barisan Nasional?

“Sedangkan Yang di-Pertuan Agong membaca titah ini atas sifatnya adalah sebahagian daripada Parlimen adalah Yang di-Pertuan Agong itu yang tidak dihormati pembangkang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana