Warga Felda kecam Kit Siang, Anwar

KUBANG PASU 24 Mei - Kira-kira 300 warga Felda Bukit Tangga di sini hari ini mengadakan demonstrasi mengutuk sekeras-kerasnya keceluparan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'syaitan' dalam satu ceramah di Dewan Chin Woo, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Demonstrasi tersebut disertai oleh pelbagai lapisan warganya termasuk generasi kedua Felda sebagai memprotes Kit Siang yang dianggap bersikap kurang ajar dan keterlaluan terhadap pemimpin negara itu.

Peserta demonstrasi turut membakar patung Kit Siang dalam perhimpunan yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

Peserta yang membawa sepanduk tertera pelbagai mesej turut mendesak Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan keghairahan mereka meneruskan perhimpunan haram kerana dikhuatiri boleh menimbulkan malapetaka bagi rakyat dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana