Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar

KUBANG PASU 24 Mei - Kira-kira 300 warga Felda Bukit Tangga di sini hari ini mengadakan demonstrasi aman mengutuk sekeras-kerasnya keceluparan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'syaitan' dalam satu ceramah di Dewan Chin Woo, Ipoh Perak, baru-baru ini.

Demonstrasi tersebut disertai oleh pelbagai lapisan warganya termasuk generasi kedua Felda sebagai memprotes Kit Siang yang dianggap bersikap kurang ajar dan keterlaluan terhadap pemimpin negara itu.

Peserta demonstrasi turut membakar patung Kit Siang dalam perhimpunan yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

Peserta yang membawa sepanduk tertera pelbagai mesej turut mendesak Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghentikan keghairahan mereka meneruskan perhimpunan haram kerana dikhuatiri boleh menimbulkan malapetaka bagi rakyat dan negara.

Menurut Ahmad Zaini, penghinaan yang dilakukan oleh Kit Siang amat menguris hati rakyat terutama orang Islam dan percaya rakyat akan terus bersatu di belakang Perdana Menteri."Rakyat hari ini bijak dan mereka sudah menolak kepimpinan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam pilihan raya umum lalu,'' katanya.

Ketua Peneroka Felda Bukit Tangga, Abdul Razak Ramli berkata, warga Felda mengecam kenyataan Kit Siang dan tindakan pemimpin pembangkang mengheret rakyat ke jalanan berdemonstrasi.

"Banyak warga Felda di seluruh negara menyokong kerajaan dan Perdana Menteri. Kami berharap pemimpin pembangkang menghentikan kerja-kerja bodoh mengadakan demonstrasi di jalanan yang mengundang malapetaka," katanya.

Penduduk, Mohd. Hafiz Mansur, 27 yang juga merupakan generasi kedua warga Felda berkata, sebagai anak muda usaha memporak-perandakan negara yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang itu harus ditolak rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana