Untung Adam Adli...jadi hero 'dondang sayang'

Pada 13 Mei lalu, seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman denda RM1,000 setelah mengaku bersalah merosakkan 90 bendera Barisan Nasional (BN) di Ampang, bulan lalu.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman turut memerintahkan Mohd Yusri Yahaya,33 menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar itu.

Tidak diketahui motif tindakannya mematah dan mencampakkan bendera-bendera tersebut adakah berkaitan dengan politik atau sebab lain.

Jika ada kaitan dengan politik apatah lagi sekiranya terpengaruh dengan gerakan pembangkang, pasti sesuatu yang malang buat Mohd Yusri berdepan hukuman tersebut.

Walaupun membayar denda nasib beliau tidak sama seperti mahasiswa ,Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis atas dakwaan menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan.

Adam beruntung kerana pembangkang membantu berdepan dakwaan itu dengan menyediakan barisan peguam antaranya Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga, N. Surendran yang juga Naib Presiden PKR serta Samsul Iskandar Mat Akin yang juga Ketua Pemuda PKR.
Malah, kira-kira 100 rakan-rakan dan penyokong mahasiswa sebilanganya Cina hadir ke mahkamah pagi Khamis.

Di kamar mahkamah, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pemimpin DAP Tony Phua turut hadir memberikan sokongan kepada Adam.

Itu tidak termasuk yang berkumpul dan menghidupkan lilin tanda solidariti di depan Balai Polis Jinjang tempat Adam di lokap kerana direman selama lima hari selepas ditangkap pada 18 Mei lalu di Bangsar.

Adam didakwa di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada tahun 2011, Adam mencetuskan kontrovesi apabila menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO, di perkarangan PWTC Kuala Lumpur.

Aktivis pro pembangkang itu digantung tiga semester oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Dengan menyediakan begitu ramai peguam membelanya bermakna Adam dianggap 'hero' oleh pembangkang.

Sebaliknya ramai yang bertanya hero apa ke benda.Apa sangat yang diperjuangkan budak ini.Mereka melihatnya tidak lebih dari tin kosong yang hanya jadi tukang menyalak.

Malah ada yang kata dia lebih sesuai di bagi gelaran 'hero dondang sayang' saja.

Kalau setakat gelagat tunjuk berani semberono begitu beribu hero mi segera boleh dicpita.

Surendran ketika berhujah meminta Adam dibebaskan tanpa ikat jamin setelah pendakwaraya memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM5,000 memberikan alasan bahawa Adam seorang yang baik.

Alasan lain kerana ibu bapa Adam turut hadir ke mahkamah serta Adam akan meneruskan pengajian pada September ini.

Hakim Norsharidah Awang bagaimanapun membenarkan permohonan pendakwaraya membebaskan Adam dengan ikan jamin RM5,000 malah ditambah dengan seorang penjamin manakala sebutan kes ditetapkan pada 2 Julai depan.

Surendran mendakwa Adam tidak patut di dakwa di bawah Akta Hasutan kerana undang-undang itu akan dimansuhkan oleh kerajaan.

Hakim Norsharidah menolak alasan itu kerana Akta Hasutan masih berkuatkuasa dan justeru masih relevan untuk digunapakai.

Ramai wartawan yang mendengar alasan penghujahan Surendran dan Ambiga menuntut pembebasan Adam daripada pertuduhan hanya geleng kepala melihat penyokong-penyokong penuntut itu yang ada dalam mahkamah seperti mengiyakan apa kata peguam-peguam tersebut.

Ini kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap Adam jelas dengan apa dituturkannya pada 13 Mei lalu di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur.

Adam menggesa orang ramai untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional menerusi demonstrasi besar-besaran setelah mendakwa pemerintah melakukan penipuan pada pilihan raya umum ke 13.

Perkara lain disebut Adam:

"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini

saya nak ajak semua yang ada di sini kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya,sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya

takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat," .

"Sedara ingat ini sahaja peluang yang kita ada. Lagi dua puluh tahun,tiga puluh tahun, kalau hari ini kita tidak ambil tindakan yang berani, kita akan menyesal dan kita terpaksa hadap anak-anak dan

cucu-cucu kita yang terus menyalahkan kita sebab tak buat apa-apa bila ditipu dalam pilihanraya,"

"Pesanan terakhir, bila kita ditipu dalam pilihanraya, kita turun jalan raya! Kita turun jalan raya!Cukup.".

Itulah antara transkrip ceramah Adam pada 13 Mei yang turut dilampirkan dalam pertuduhannya.

Namun, Adam mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan kerana beliau tidak perlu gusar sebab ramai peguam dan pemimpin pembangkang akan mempertahankannya.

Itulah beza kes Adam dengan apa dihadapi Mohd Yusri.

Seorang rakan wartawan yang turut membuat liputan kes Adam itu bertanya kepada Agendadaily : Kalau orang biasa kena tangkap kerana demonstrasi ikut pembangkang, adakah mereka akan dibela seperti Adam?.

Jawapannya, " Tau tak pa. Lu fikirlah sendiri".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana