Tuduhan rasis: Saya berpandukan perlembagaan


KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyelar tuduhan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau seorang rasis.

Mohd Noor percaya hanya ahli-ahli politik sahaja yang menganggapnya bersifat demikian namun menegaskan kenyataannya sebelum ini dirumuskan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Orang politik melihat sesuatu kenyataan itu daripada pandangan kaca mata sempit,” beliau dipetik berkata oleh Bernama.

"Saya ini hendak menerangkan sesuatu menurut perlembagaan (jadi) sepatutnya diberi peluang untuk rakyat mendengar.

"Bukan ditutup mulut saya dengan mengatakan Datuk Mohd Noor rasis, Datuk Mohd Noor Klu Klux Klan, Datuk Mohd Noor itu Hitler, janganlah macam itu.

"Berilah saya (peluang) untuk menerangkan apakah parameter dalam perlembagaan yang menjamin rakyat hidup aman damai," katanya lagi.

Mohd Noor dikecam oleh pembangkang selepas beliau mengingatkan orang Melayu agar berwaspada dengan "pengkhianatan orang Cina" ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya pada satu forum hujung minggu lalu.

"...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya lagi.

Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan itu berbaur perkauman dan lebih teruk daripada kumpulan pelampau kulit putih Klu Klux Klan.

Setiausaha Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo pula menggesa agar Mohd Noor didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Mohd Noor berkata beliau berjihad bukan dalam erti kata berperang tetapi menyarankan "transformasi daripada buruk kepada baik" apabila mengeluarkan pandangan kontroversi berhubung kuasa politik Melayu sebelum ini.

"Apabila kita guna istilah jihad, persepsi orang ramai ialah untuk berperang. Ia bukan begitu, transformasi daripada yang buruk kepada yang baik, itu juga berjihad," katanya.

Tegasnya, beliau telah lama berjihad untuk menyelamatkan Malaysia daripada "kancah buatan sesama sendiri".

"Macam saya, saya sayangkan anak bangsa saya, anak saya, cucu saya, keturunan saya, semua rakyat Malaysia ini. Yang saya takut ialah bencana buatan sendiri sesama kita.

"Jadi saya berjihad untuk menyelamatkan orang Malaysia ini daripada terjerumus ke dalam kancah pergaduhan sesama kita," jelasnya dalam wawancara "Helo Malaysia" di saluran Bernama TV.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana