Sound system Najib 'pancit' ...


Siapa yang tidak ada stamina politik yang kuat pasti pengsan kalau perlu lalui jadual amat padat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang kempen PRU13.Contohnya Ahad lalu empat acara di Selangor kemudian lewat petang terbang ke Kuantan satu acara dan patah balik ke Selangor satu acara sebelah malam.Isnin pula empat acara dari pagi sampai malam di Johor.Selasa lapan acara dari Kedah sampai ke Pulau Pinang manakala Rabu empat acara di Terengganu dan satu acara sebelah malam di UiTM,Shah Alam.Esok Khamis ada empat acara menunggu beliau di Kelantan.
Pada acara himpunan bersama warga UiTM itu,suara Perdana Menteri pancit habis.Semua hadirin sedar bila mendengar suaranya tenggelam timbul serak teruk.Namun beliau terus berucap di depan lebih 20,000 hadirin majlis yang diadakan di padang kawad kampus itu.Akhir setelah berucap tak panjang sangat, Najib surrender."Sound syetem saya tak cukup baik..ada breakdown sikit kerana tak henti-henti jelajah negara",katanya sebelum menghentikan ucapan dengan suara serak bunyi ala-Papa Rock Ramli Sarip.Najib kata beliau naik semangat melihat begitu ramai hadirin yang t-shirt yang bertulis ' peace,progress and stability'.Di depan ribuan hadirin itu beliau memohon untuk menyambung perjuangannya."Saya perlukan mandat yang kukuh kerana saya yakin dan percaya BN adalah yang paling tepat,"tegasnya.Para hadirin telah bersorak penuh semangat setiap kali beliau tanya, " do you want peace?.Do you want stability?Do you want progress?.Do you want Najib?"

Selain,Najib timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pun cross country sakan sepanjang kempen hingga empat lima acara satu hari di negeri-negeri yang beliau lawati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana