Riuh la apapun Azmin, Khalid tak peduli...


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali boleh buat riuh dan main politik kampung, sebab tengok cara dan move penyandang MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau tidak peduli.Khalid dalam kata lain, buat kering saja tengok kelakuan Azmin yang menjerit sana sini untuk jadi MB Selangor.Malam tadi di Dataran Shah Alam, Khalid meraikan kejayaan mengelakkan Selangor bawah PR bersama penyokong-penyokongnya.

Beliau membayangkan dirinya akan dilantik semula menjadi Menteri Besar Selangor bagi menerajui negeri itu pada penggal kali ini.Beliau berkata demikian selepas yakin prestasinya menjadi menteri besar pada penggal lalu diterima rakyat.Malah, Khalid mendakwa pihaknya akan mengemukakan laporan hasil kerja kerajaan negeri Pakatan Rakyat bagi setiap dua bulan."Jika saya diberi  peluang, selepas ini setiap dua bulan saya akan kemukakan laporan hasil kerja kerajaan negeri kepada rakyat," katanya.

Khalid juga meminta rakyat membuat laporan jika terdapat penyalahgunaan kuasa mahupun salahlaku pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di bawah pimpinannya."Jadi saya hendak minta kepada rakyat kalau kita silap, laporkan kepada kita, tiada seorang pun yang boleh buat kerja dengan tiada salah, jadi  saya ingatkan benda ini supaya hasilnya kembali kepada rakyat, itulah yang kita mahukan.

"Kita bernasib baik sebab dari 2008 sampai 2013, kita boleh tunjukkan kepada BN cara pentadbiran negeri Selangor jauh lebih baik daripada sebelum ini dan oleh sebab itu kita telah meletakkan satu batu asas yang penting supaya semua pemimpin tidak boleh cakap apa yang dia hendak lakukan," katanya.

Tambah Khalid lagi, beliau yakin pentadbiran yang diperkenalkannya bagi penggal yang lalu adalah lebih baik daripada corak pemerintahan BN mentadbir negeri itu.

'Saya yakin saya telah buat kerja jadi saya tak keluar ceramah sampai 2-3 pagi sebab saya sudah keluarkan saham air daripada apa yang patut. Sebab saya hendak tunjukkan kepada Selangor  dan Malaysia bahawa hak untuk rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat dengan cara yang  terbaik. Jadi sebab itu rakyat boleh menerima kita sebab rakyat sudah terkena banyak kali dengan BN sebab setiap kali terkena setiap kali terbeban,' katanya.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, PAS menang 15 kerusi DUN manakala PKR meraih 14 kerusi di Selangor, lalu mencetuskan polimik calon parti mana lebih berhak menjadi menteri besar.

DAP turut memenangi 15 kerusi dan menyokong Khalid untuk diangkat menjadi menteri besar sekali lagi. Tindakan itu dibantah oleh Zuraida yang meminta pihak lain tidak masuk campur dalam urusan PKR.

Comments

Unknown said…
nak berpaut boleh tak?

http://gunungrapatcyber.blogspot.com/

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana