Rakyat Mahu Kerajaan BN Kembali Berkuasa Di Selangor


SHAH ALAM: Rakyat Selangor tidak lagi mahu mengulangi kesilapan mereka dan kini pastinya mahukan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Kebanyakan mereka yang ditemui menyatakan bahawa Selangor perlu kembali kepada BN untuk mencorak semula pembangunan dan pentadbiran di negeri ini, selaras negeri-negeri lain dalam penguasaan BN, dan sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan dasar dan wawasan negara.

Mohd Fadil Muhammad Fai'sal, 27, yang akan mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, berkata pengundi yang bijak akan memilih kerajaan terbaik dalam PRU-13 dan tidak akan mengulangi kesilapan lepas."Mungkin dulu kami mengundi pakatan 'just nak tengok and try je'...ok ke tidak, sebab itu penduduk memberi peluang selama satu penggal kepada mereka."Tapi bila ada pihak pembangkang yang tidak buat kerja... macam naik taraf jalan negeri atau tidak menunaikan janji, pasti pada PRU13 ini penduduk Selangor tidak lagi melakukan kesilapan," katanya kepada Bernama di sini.

Bagi Raihana Zainin, 31, pengundi di kawasan DUN Templer (Selayang) slogan 'Sayangi Selangor, Yakini BN', mencerminkan bahawa rakyat negeri ini seharusnya menghargai apa yang telah diberikan oleh kerajaan BN kepada mereka.

Beliau berkata kerajaan BN telah lama memerintah dan parti itu mempunyai pengalaman luas tentang selok-belok pentadbiran dan pengurusan negara dengan cara yang cekap.

"Kita seharusnya bersandar kepada mereka yang lebih berpengalaman, lihatlah bagaimana bekas Perdana Menteri Tun M (Dr Mahathir Mohamad) mencipta pelbagai pembaharuan dalam dimensi pembangunan negara.
"Beliau sangat kreatif, lihat sahaja pada dasar Wawasan 2020 yang dirangkanya... semua untuk kebaikan, bukan sahaja pada generasi kini malah juga merangkumi generasi masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Sazali Ismail, 45, anak jati Selangor yang akan mengundi di kawasan Parlimen Shah Alam, berkata jatuh bangun sesebuah kerajaan itu banyak bergantung kepada calon yang diketengahkan oleh parti politik.

Sazali berkata rakyat kini sudah boleh menilai calon-calon yang ditampilkan oleh sesebuah parti politik pada pilihan raya, dan tidak semua calon disukai kerana ia sangat bergantung kepada sehebat mana mereka mampu memenangi hati dan menjaga kebajikan rakyat yang akan diwakilinya.

"Bila (calon itu) tidak dipilih mungkin ada sebabnya, pengundi ada pelbagai pilihan... yang dirasakan terbaik itu yang dipilih tak kira dari parti mana, perkara ini samalah seperti ibarat tepuk dada tanyalah selera," katanya.

Pendapat Sazali disokong rakannya, Ilias Yaser, 33, yang menyifatkan calon yang berkaliber dan disenangi rakyat menjadi pilihan sebagai pemimpin.

"Rakyat tidak ambil pusing sama ada calon itu berharta atau calon itu hebat di pentas semasa menyampaikan ucapan kempennya atau pun punya Master dalam pendidikannya, apa yang lebih penting ialah bagaimana calon itu memimpin masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik.

"Tanpa rakyat, siapalah mereka (pemimpin), jadi jangan pandang rakyat itu di bawah... kedua-duanya mempunyai fungsi dalam menentukan masa depan negara," tegasnya.

Pelbagai pihak di Selangor yakin BN mampu menunaikan akujanji dalam manifesto pilihan raya dan mereka tidak lagi mahu tertipu dengan janji kosong yang tidak pasti akan ditunaikan oleh pihak pakatan pembangkang selepas pilihan raya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana