'Puak' PAS degil, kata Dr Nasir


SHAH ALAM: Calon PKR kerusi DUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir Hashim mendakwa kedegilan segelintir akar umbi PAS yang mempertahankan calon parti Islam itu bertanding di kerusi berkenaan akan mengakibatkan perpecahan undi.

Beliau menyifatkan 'puak' penyokong PAS itu sebagai melanggar arahan kepimpinan tertinggi pembangkang apabila terus mendesak supaya Ridzuan Ismail dipertandingkan.

“Puak ni masih berdegil. Mereka masih tetap berkempen, dari mana duit tu datang? Kerana kuasa anda korbankan prinsip, agama dan persahabatan,” katanya kepada FMT.

Dr Nasir berkata kekeliruan ini akan membuka peluang cerah kepada calon Barisan Nasional (BN) Halimaton Saadiah Bohan menang kerusi itu.

“Kita berpecah dari segi undi. Mungkin kali ini di Kota Damansara kita menang tipis. Kalau saya kalah saya tak boleh dipersalahkan,” tambah beliau lagi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mempertahankan keputusan parti Islam itu meletakkan calon di kerusi Kota Damansara. Beliau menjelaskan PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti yang cenderung kepada fahaman komunis.

Dr Nasir selaku Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding atas lambang PKR pada pilihan raya umum nanti.

Dalam kejadian di Seksyen 7 Kota Damansara malam tadi, kira-kira 30 orang pemuda dipercayai ahli PAS melakukan tindakan provokasi ketika Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali cuba memberi penjelasan tentang isu berkenaan.

Suasana dilaporkan semakin tegang apabila Mustafa dilihat enggan menjawab desakan ahli PAS terbabit dan terus menghentikan ucapannya serta meninggalkan kawasan ceramah.

“Kami gembira Mustafa datang menjelaskan keadaan sebenar. Tentang hal provokasi itu saya tak boleh nak marahkan sesiapa kerana ini hal dalaman mereka dengan parti sendiri,” kata Nasir.

Beliau kemudian menyatakan hasratnya untuk bersara dari pilihan raya umum mengambil kira umur beliau yang sudah mencecah 66 tahun.

“Kemungkinan ini PRU terakhir saya. Bukan merajuk tapi ini had saya, sekarang umur dah 66 tahun. Kalau menang saya akan terus komited sebagai wakil rakyat, tapi kalau kalah tidak mengapa saya tetap gembira."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana