PRU KE-13 DI SABAH KEADAAN TERKAWAL DAN SELAMAT.


Kota Kinabalu, 5 Mei - Keadaan keselamatan di Negeri Sabah sempena PRU ke-13 adalah terkawal dan selamat. Pesuruhjaya Polis Sabah YDH Dato' Pahlawan Hj Hamza bin Taib menyatakan dalam sidang media pada hari ini, sehingga setakat ini, bagi Negeri Sabah tidak ada insiden yang menarik perhatian berlaku di sepanjang tempoh mengundi berlangsung.

Beliau berkata sehingga jam 4.30 petang tadi, jumlah pengundi yang keluar mengundi telah mencapai 74% iaitu 734,907 orang di 726 buah pusat mengundi di seluruh sabah.

Pada hari ini juga, pihak polis telah menerima 29 laporan tentang dakwat tanggal yang digunakan oleh SPR dalam PRU ke-13 ini.
Turut dilaporkan ialah kejadian mengenai kad pengenalan digunakan oleh orang lain untuk mengundi adalah sebanyak 10 laporan. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 7 Akta Kesalahan-kesalahan Pilihanraya.

Beliau turut menegaskan kepada orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan propaganda-propaganda yang sengaja diwar-warkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai bolehlah membuat laporan polis jika terdapat insiden-insiden yang menyalahi undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana