PRU-13: DAP Taman Nesa dibubar...Tamparan Hebat Buat PR



JOHOR BAHRU 3 Mei - Seramai 194 ahli DAP Cawangan Taman Nesa dekat sini, mengisytiharkan keluar parti itu berkuat kuasa malam tadi selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu selain akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Serentak dengan itu juga cawangan itu yang mula beroperasi sejak lapan tahun lalu juga dibubarkan dan kesemua bekas ahli cawangan itu kini bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Persatuan Masyarakat Setia Jujur Skudai.
Bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S. Kogilavani berkata, tindakan itu dibuat kerana mendakwa kepimpinan parti itu tidak menjaga kebajikan ahli di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan masyarakat India.

"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan saya bersama ahli cawangan ini keluar parti bukan dibeli oleh BN atau mana-mana pihak sebaliknya saya sudah tidak sabar lagi dengan kepimpinan DAP.

"Sebelum ini saya setia dengan parti walaupun suami saya sendiri dipecat daripada menjadi ahli sejak lebih setahun lalu tetapi kini keyakinan dan kepercayaan saya terhadap parti sudah pudar akibat sikap kepimpinan DAP sendiri," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Taman Nesa, dekat sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana