PRU-13: 61 lagi ahli Pas sertai UMNO, kali ini di Sungai Siput...Lagi Tamparan Buat PAS


SUNGAI SIPUT 2 Mei - Seramai 61 ahli Pas cawangan Kampung Priang, Kampung Jawang dan Kampung Enggor di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana kecewa dengan pelbagai pergolakan yang kini berlaku dalam pakatan pembangkang.

Mereka yang diwakili Zamani Mohammad, 50, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun dalam majlis 'Selamat Tinggal Pakatan Rakyat' di sini malam tadi.

Zamani berkata, dia dan rakan-rakannya sudah tidak tahan melihat sikap kepimpinan Pas yang terlalu mementingkan kuasa sehingga menggadaikan perjuangan dan mengabaikan kebajikan ahli.

Menurutnya, tindakannya membantu pembangkang menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 adalah perkara yang paling dikesalinya.

"Kami rasa dipermain-mainkan dan diperbodohkan. Mereka janji macam-macam tetapi sehingga hari ini kebajikan ahli bukan sahaja tidak dijaga, malah pengundi di Sungai Siput diabaikan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Saya tidak mahu terus menipu diri sendiri untuk mengatakan BN tidak berjasa. Selama lima tahun ini, kami sedar BN yang buat kerja dan menepati janji-janjinya,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana