PRU-13: 100 ahli PKR Sungai Pinang tinggalkan parti


PULAU PINANG 2 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Sungai Pinang menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Ahad ini apabila 100 ahlinya bertindak keluar daripada parti malam tadi.

Wakil kumpulan berkenaan, Helmi Baharudin, 27, berkata, dia dan rakan-rakan kecewa kerana PKR tidak menjalankan tanggungjawab membantu rakyat seperti yang dijanjikan.

"Selama empat tahun menjadi penyokong PKR, kami tidak dapat apa-apa kerana sikap pemimpin mereka yang mengelak jika kami ingin bertemu dan menyuarakan masalah."Jika begini keadaannya, apa lagi yang boleh rakyat harapkan," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang keahlian menyertai Barisan Nasional (BN) kepada calon BN kerusi Parlimen Jelutong, Ng Fook On.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana