PR perlu tolak semua keputusan - PM


KUALA KUMPUR: Pakatan Rakyat harus menolak keputusan Pilihan Raya Umum di peringkat negeri, bukannya hanya menolak keputusan pengundian di peringkat nasional sahaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian Pakatan Rakyat yang menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, yang berlangsung Ahad lalu.

Pakatan Rakyat semalam menolak keputusan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan tetapi menerima keputusan PRU di negeri-negeri yang dimenanginya, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Ini sistem kita, kita kena terima yang ada di perlembagaan. Kalau boleh terima di peringkat negeri kenapa tidak terima di peringkat nasional.

"Kalau tidak dapat terima jangan terima semua. Kenapa tidak terima di nasional tetapi kenapa terima di negeri ? Bila kalah tidak terima," tegas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan Pakatan Rakyat hanya memperolehi 89 kerusi berbanding BN yang memperolehi 133 kerusi.

Keputusan itu sekaligus meranapkan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Najib selain itu mencabar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membuktikan ketidaktelusan keputusan pilihan raya baru-baru ini daripada membuang masa menganjurkan perhimpunan yang kononnya bertujuan memprotes.

Anwar sebelum ini mengeluarkan kenyataan media menyeru rakyat agar datang beramai-ramai berhimpun di Stadium Kelana Jaya malam esok bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana