Perjanjian sulit Anwar-Najib: Bekas Naib Presiden Indonesia 'kena main'...

Kalau betul bagai dikata nampak gayanya siapa saja boleh berdepan dengan risiko ' kena main' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bayangkan bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla kini terpaksa bersilat dengan bos Pakatan Rakyat itu.

Ini gara-gara satu perjanjian sulit yang beliau atur antara Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu agar kedua mereka terima apa jua keputusan pilihanraya umum ke 13.

Akhbar itu memetik beliau sebagai berkata : He said that he shuttled back and forth between Jakarta and Kuala Lumpur, meeting the opposition leader and Mr. Najib.

Jusuf yang diketahui umum rakan baik kedua-dua Anwar dan Najib mendedahkan dalam interbiu dengan akhbar terkemuka ,The Wall Street Journal yang disiarkan Jumaat bahawa perjanjian itu dibuat atas permintaan Anwar sendiri.

Mr. Kalla said the two candidates—whom he said he considered friends of his going back decades—had made a written agreement in April to refrain from personal attacks during the campaign and to accept the outcome, in a deal first proposed by Mr. Anwar.

Beliau menegaskan Anwar telah mungkiri janji berkenaan.

Bekas Naib Presiden Indonesia itu seperti meluah perasaan kecewa bila dipetik berkata : Mr. Kalla said that the outcome of the balloting, held on a Sunday, was clear. "We had a commitment,'' he said. "On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, 'No, no, no, no.'

Itu satu hal dan ini satu hal lain.Apa agaknya perasaan Jusuf bila Anwar bertegas kata perjanjian bertulis itu dibuat atas cadangan bekas Naib Presiden Indonesia itu dan bukan datang darinya.

Siapa yang cakap benar dan siapa yang bohong?

Kalau membaca penuh laporan Wall Street Journal,akhbar itu dengan jelas memetik Jusuf sebagai berkata " Mr. (Jusuf) Kalla said Mr. Anwar approached him about an agreement two months ago, and they met at his Jakarta home. Mr. Anwar asked him to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome, Mr. Kalla said.

Menurut akhbar itu sebaliknya Anwar pula kata ' it was Mr. Kalla, not him, who first proposed the pact'.

Dalam pada itu isu pendedahan Jusuf dalam interbiu dengan The Wall Street Journal telah mencuri perhatian ramai.

Kebanyakan terkejut bagaimana satu perjanjian sulit yang  berprofail tinggi boleh ' dilanggar' begitu saja.

Sana sini kedengaran orang mempersoalkan gelagat Anwar yang mungkir janji dan membuat perhimpunan demi perhimpunan untuk mendakwa Pakatan Rakyat menang atas dasar ' undi popular' sedangkan sistem itu tidak digunapakai di Malaysia.

Lebih dari itu ia boleh memalukan rakan baiknya yang berstatus bekas Naib Presiden sebuah negara besar dan jiran serumpun Malaysia.

Cara Anwar menafikan beliau yang cadangkan perjanjian itu menampakan seolah Jusuf pembohong.

Kalangan pemerhati politik pula menilai ini satu hal yang serius jika benar Anwar ' pusing cakap' hingga cetus situasi yang memalukan Jusuf.

Apa hal orang yang nak tolong kearah perdamaian diperlakukan begitu.

Menurut mereka atas dasar apa sekalipun bekas Naib Presiden Indonesia itu telah mainkan peranan yang patut dihargai untuk memastikan Malaysia tidak bergolak selepas PRU13.

Mungkin Jusuf sendiri tidak sangka beliau boleh ' kena main' .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana