PENGALAMAN LUAS TAN SRI KHALID ABU BAKAR MAMPU TINGKATKAN KESELAMATAN NEGARA


Kuala Lumpur, 17 Mei - Pengalaman luas Ketua Polis Negara (KPN) yang baru dilantik Tan Sri Khalid bin Abu Bakar dalam pasukan polis dan sebagai bekas timbalan KPN, akan dapat meningkatkan tahap keselamatan negara.

Naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata tanggungjawab Khalid sebagai KPN lebih mencabar kerana beliau perlu berdepan dengan persepsi negatif orang ramai terhadap usaha pasukan polis dalam mengurangkan kadar jenayah dan untuk memenuhi harapan pasukan itu sendiri".

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata MCPF bersedia memberi kerjasama penuh kepada KPN yang baru dilantik itu dan berharap seluruh anggota pasukan itu akan memberi sokongan tidak berbelah bagi mereka untuk membolehkan Khalid menunaikan tanggungjawabnya yang berat itu.

Kata Lee, antara cabaran utama yang perlu dihadapi Khalid ialah menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebuah pasukan profesional bertaraf dunia yang memiliki integriti serta maruah yang tinggi, di samping meningkatkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat orang ramai terhadap pasukan itu.

"Khalid juga perlu melipatgandakan usaha ke arah mengurangkan lagi kadar jenayah dan menangani kebimbangan orang ramai terhadap jenayah, terutama berhubung beberapa kejadian menembak kebelakangan ini berikutan kebanjiran senjata melalui sempadan dengan negara jiran yang mudah dibolosi," katanya.

Beliau berkata KPN baharu ini juga perlu mengkaji semula tindakan memansuhkan undang-undang tertentu bagi membantu polis meningkatkan kecekapannya memerangi jenayah.

Kata Lee, MCPF juga mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin sebagai timbalan KPN dan katanya "memang sesuatu yang baik mempunyai seseorang dari Malaysia Timur menduduki jawatan kedua tertinggi dalam pasukan polis negara ini".

Beliau memuji KPN sebelum ini Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar yang memberi sumbangan besar kepada negara dan pasukan polis pada saat-saat mencabar, terutama sewaktu penghujung kerjayanya, termasuk menangani pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertandingan sengit baru-baru ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL