'PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah'


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jenayah di Bukit Aman serta ibu pejabat polis kontinjen negeri dan daerah.

Beliau berkata penubuhan jabatan itu bertujuan mencegah jenayah secara lebih berkesan dan ia sejajar dengan kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan dengan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks jenayah.

Dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman, Khalid berkata dengan penubuhan jabatan itu, satu jawatan pengarah akan diwujudkan bersama pengambilan pegawai dan anggota polis.

"Kita akan bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk penubuhan jabatan itu dalam bulan ini," katanya.

PDRM yang mempunyai kekuatan 120,000 pegawai dan anggota mempunyai lapan jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pengurusan, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan), Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Jabatan Logistik.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya pada Jumaat lepas. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana