Panas Azmin Sudah Pandai Melawan Bebbb : PKR tidak telus pilih MB Selangor


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau tidak akan keluar parti atau meletak jawatan namun mendedahkan pimpinan PKR tidak mengamalkan ketelusan dalam memilih calon Menteri Besar Selangor.

“Isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan (kepada Sultan Selangor). Mesti melalui proses rundingan  yang telus. Jelas  (ini) tidak dipatuhi. Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisme dalan Keadilan,” tegas Azmin pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

“Keadilan bukan milik individu atau keluarga individu,” kata beliau dalam sindiran beralas terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku presiden parti.

Azmin membayangkan bahawa pimpinan PKR sudah melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengisi jawatan menteri besar bagi penggal kedua, namun pengumuman rasmi berhubung perkara itu masih belum dibuat.

Beliau menegaskan bahawa pentadbiran baru Selangor harus menyelesaikan masalah-masalah yang lama tertunggak di negeri itu, justeru seorang menteri besar berwibawa menjadi keperluan.

“Kita bersyukur dengan rizab RM2.6 bilion. Namun ia tidak membawa makna jka kekal di atas kertas,” kata Azmin.

“Isu jalan berlubang, sampah tidak dipungut, bencana alam seperti banjir, isu air bersih harus diselesaikan segera jika mendapat mandat baru,” ujar Azmin.

Azmin berkata mandat baru yang diberikan oleh rakyat Selangor menuntut “satu kepimpinan yang kuat menyelesaikan masalah rakyat.”

Sidang media itu bermula sejam lewat dan Azmin sendiri mengakui ia kerana beliau masih mengadakan rundingan dengan pimpinan parti yang lain.

Azmin tidak merujuk kepada sebarang perbincangan di antara beliau dan Anwar. Kemelut jawatan menteri besar Selangor berpunca beberapa hari lalu dengan PKR Selangor menolak Khalid untuk terus memegang jawatan itu.

Bagaimanapun Anwar, Azizah dan anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dikatakan menyokong untuk melantik semula Khalid, dengan persetujuan PAS dan DAP.

Keadaan itu mencetuskan desas-desus Azmin dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin akan meletak semua jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, Zuraida semalam menafikan khabar angin itu.

Dan hari ini Azmin turut menyatakan pendirian sama.

“Saya tidak berhasrat untuk meletak jawatan dalam parti atau jauh sekali meletak jawatan sebagai Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak,” kata beliau.

“Ini wadah perjuangan yang saya asakan selama 15 tahun dan saya yakin dengan perjuangan PKR,” tambah Azmin.

Azmin menegaskan jika kemaruk jawatan menteri besar, beliau pasti memperolehinya pada tahun 2008 selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dimenangi oleh Anwar.

“Anwar Ibrahim  telah memanggil saya dan meminta saya untuk bersedia menggantikan Khalid kerana PKR tidak berpuas hati prestasi MB waktu itu, “ kata Azmin.

“Aduan diterima daripada peniaga dan penjawat awam bahawa MB membawa amalan birokrasi melampau,” tambah beliau.

Azmin berkata beliau menolak tawaran Anwar itu kerana risau ia akan memberi kesan kepada kestabilan parti. Sebaliknya, kata Azmin “Saya sendiri melantik Anwar menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana