Pakatan Rakyat Selangor belum dapat pakat pasal kerusi Exco Selangor...


Ini baru sebuah negeri,belum lagi perintah kerajaan pusat melibatkan pembahagian jawatan Menteri dan segala jawatan penting lain.Selalunya dikhalayak umum PKR,PAS dan DAP sentiasa nak tunjuk bagaimana utuh dan mesranya pakatan mereka.

Namun bila timbul bab the bottomline...kuasa,maka sudah lain jadi ceritanya.

Semua negeri lain sudah beres lantik Exco kerajaan Negeri.Kini semua orang sedang tengok Selangor yang masih bergelut nak selesaikan pergeseran antara mereka.

Semasa Menteri Besar umum formula 3 PKR:3 DAP:4 PAS Sabtu malam ramai yang sudah menduga pasti ada yang bakal melompat.

Di bawah formula itu PKR dapat jawatan Menteri Besar dan tiga Exco,DAP jawatan Speaker dan tiga Exco dan PAS empat Exco.

Formula itu digunakan kerana Pas dan DAP masing-masing menang 15 kerusi manakala PKR pula 14 kerusi.

Pada PRU 2008 formula 4 PKR:3 DAP:3 PAS digunakan kerana PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP 13 dan PAS 8.

Seperti diduga awal Ahad Timbalan Pengerusi DAP Selangor sudah bunyi mempertikaikan formula itu yang dakwanya tidak seperti yang dibincangkan.

Katanya pada wartawan DAP tetap mahu empat kerusi Exco.

Tony Pua kata apa gunanya mesyuarat kalau sudah begitu.

Pada petang Ahad beliau cuba meredakan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan memberitahu isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Dalam usaha untuk gambarkan ia bukan satu krisis,beliau kata ini bukan satu isu besar.

Katanya beliau juga tidak akan ulas hal berkenaan hingga kedudukan kerusi Exco dimuktamadkan.

PAS Selangor nampaknya cukup gembira dapat empat kerusi Exco.

Sebelum ini ekoran kejayaannya menang 15 kerusi mengatasi PKR satu kerusi ada kalangan ahli parti itu yang merasa kerusi Menteri Besar wajar dibagi pada PAS.

Semasa bertcakap kepada wartawan selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran Sabtu,selain memberitahu formula pembahagian kerusi Exco itu,Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco telah diserahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

"Saya telah berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan. Jika ada sebarang perubahan baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan," katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah exco kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Mengenai calon PKR yang bakal menganggotai barisan exco serta sama ada Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali dan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tersenarai, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak akan diumumkan sehinggalah hari upacara mengangkat sumpah.

Ketika diminta mengulas tindakan DAP yang menamakan dua Adunnya iaitu bekas Speaker yang juga Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim dan Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk mengisi kuota Exco, beliau berkata: "Itu cadangan mereka dan nama yang diterima akan diumumkan sebelum angkat sumpah pada minggu kedua."

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua pada 14 Mei lepas, berangkat ke luar negara hari ini bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran kesihatannya yang terjejas sebelum PRU13 dan beliau dijadual pulang Jumaat ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana