Obama tak diberi laporan lengkap PRU13...Busuknya Hati Anwar Ni


PETALING JAYA: Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mungkin tidak menerima laporan lengkap berhubung proses Pilihan Raya Umum ke 13, 5 Mei lepas.

"Presiden Obama pertama yang diiktiraf merupakan faktor dari segi pilihan raya, tetapi saya tidak fikir begitu kerana itulah satu fakta yang sangat besar rasanya untuk dinilai dan keadaan huru-hara ini adalah kerana kurangnya maklumat penting," katanya kepada pemberita.

Semalam Obama telah menelefon perdana menteri untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 bagi terus mentadbir Putrajaya.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan apa yang penting kini adalah apa yang dikehendaki rakyat.

"Apa yang penting ialah apa yang rakyat Malaysia putuskan, cuba tengok selepas semua apa yang berlaku di Filipina atau di Mesir di bawah Mubarak.

"Saya rasa ini adalah penting bagi Amerika diberi fakta mengenai rakyat di negara ini menilai apabila media tidak bebas, isu lain bersabit tidak boleh monitor dalam pengundi awal dan adakah anda berkecuali daripada proses senarai pemilih yang dikompromi?," katanya.

Anwar ketika berucap di Himpunan 'Black 505' dekat Kuantan, Pahang malam tadi Anwar berkata berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam PRU 13 5 Mei lalu kepada Obama.

Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

Keengganan Anwar menerima keputusan PRU13 itu dilihat beliau tidak akan bersara dari arena politik walaupun sebelum ini sudah melafazkan akan berundur jika Pakatan gagal merampas Putrajaya dari BN.

Sementara itu, dalam satu tinjauan yang dijalankan akhbar bisnes The Edge menunjukkan seramai 81.62 peratus responden mahu Anwar bersara susulan kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara pada 5 Mei.

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana