Mesej Shahidan pada Anwar pasal perhimpuna​n Semalam


Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim nak  menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Kelana Jaya, Khamis malam atau mahu terus ajak rakyat di jalanan menyokong impiannya jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ada pesan untuk beliau.

“Jangan fikir dia saja kuat, dia saja dapat sokongan. Kami (BN) juga ada kekuatan. Kalau kita buat juga (perhimpunan besar), rakyat akan bertembung, fikir apa akan jadi?,”  tegas bekas Menteri Besar Perlis itu yang baru memenangi kerusi Parlimen Arau, Ahad lalu.

Katanya, tidak ada sebab Anwar tidak menerima keputusan PRU 13 dan mahu rakyat berhimpun serta tuntut SPR adakan pilihanraya lain.

“Pembangkang terbabit jawatankuasa penambahbaikan proses pilihanraya di Parlimen, nak buat perhimpunan apa lagi, negara ini bukan diurus cara demikian. Kalau menang, ambil..kalau kalah, kalah lah, satu undi pun, kalau kalah, kalahlah,” katanya kepada Agendadaily.

Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Umum PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mahu mengadakan perhimpunan bagi mengajak rakyat menolak rakyat menolak keputusan PRU13.

Anwar dijadual berucap di perhimpunan itu.

Timbul persoalan, adakah ini permulaan 'Anwar Spring' untuk mengajak rakyat turun padang lawan kerajaan di jalanan setelah tewas digelanggang PRU13?

Menurut Shahidan, Anwar tidak sepatutnya ada pemikiran untuk ambil alih kuasa guna cara tidak elok.

“Nasiblah ada kalah menang. Kami BN pun sama. Ada orang sokong Anwar dan ada orang sokong kami. Kalau nak berlawan, kita berlawan di Parlimen kerana rakyat suidah buat keputusan,”

“Perhimpunan apa lagi Anwar nak buat? Nak berapa kali pilihanraya setahun,” tegasnya.

Sementara itu Ahli Parlimen Johor Bharu Tan Sri Shahrir Samad turut geleng kepala bila diaju soalan pasal himpunan yang dirancang bekas Ketua Pembangkang itu.

“Tak habis-habis pasal Anwar ni. Apa lagi dia tak puashati. Bila lagi dia nak terima keputusan. Ada 30 hari kalau nak buat bantahan. Ikutlah peraturan yang ada, bukannya buat perhimpunan. Tak boleh selesai masalah pun,” katanya.

Beliau menegaskan, semua proses pilihanraya sudah dilaksanakan dengan baik dan ikut peraturan.

“Kalau itu dah caranya kita tengoklah, saya ingat orang ramai tidak akan pergi. Semua (proses pilihanraya) sudah dilakukan,” ujar beliau.

Shahrir berpendapat, itu perangai Anwar seorang sahaja sebab mahu jadi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana