MB Selangor: PAS dan PKR dijangka berbalah?


Selepas mengekalkan penguasaan di Selangor, pakatan pembangkang  dijangka berdepan kemelut menentukan siapa bakal Menteri Besar di  negeri berkenaan.Jikapun tiada ura-ura PKR menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, keputusan pilihanraya semalam membuka ruang gosip siapa Menteri Besar baru kerana kedudukan parti PKR dan PAS sudah berbeza berbanding 2008.

Pada 2008, PKR yang memperolehi 15 kerusi DUN, DAP 13 dan PAS pula lapan sepakat memilih Khalid yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebagai Menteri Besar.

Itupun selepas dua minggu perbincangan antara pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang itu sebelum mencapai kesepakatan.

Sekiranya Khalid bukan lagi mengekalkan jawatan itu, kemelut menentukan Menteri Besar dijangka berulang.

Pada Isnin, Khalid sudah memaklumkan pakatan rakyat akan memutuskannya minggu depan.

Dengan PAS memperolehi 15 kerusi, lebih satu berbanding PKR dan ambil kira amalan biasa parti yang menang kerusi banyak layak menyandang jawatan Menteri Besar.

Walaupun DAP menambah bilangan kerusi dua kerusi DUN dan sama bilangan dengan jumlah kerusi PAS, namun ketiadaan wakil rakyat Melayu beragama Islam sekaligus menutup ruang DAP bersaing menuntut jawatan tersebut.

Bagi bekas Pesuruhjaya PAS dan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, inilah masa PAS menuntut ruang supaya parti itu diberikan jawatan berkenaan kerana memperolehi kelebihan kerusi DUN.

“PAS kena tonjolkan calon mereka. Ramai yang layak dan boleh membawa kebaikan kepada rakyat, pembangunan negeri dengan agama sebagai bingkai akhlak yang kuat,” katanya kepada Agendadaily.

Menurutnya, ini boleh beri imej baru kepada Selangor serta memenuhi kehendak rakyat yang mahu pucuk pimpinan telus dan bersih.

Bagaimanapun, Presiden Jati itu percaya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mempertimbang perkara ini supaya mendapat seorang Menteri Besar yang boleh secucuk dengan budaya Istana selain diterima rakyat.

Dr Hasan berpendapat antara nama yang boleh dipertimbangkan pucuk pimpinan PAS adalah Adun Sabak Sallehen Mukhyi,Adun Paya Jaras Mohd Khairudin Othman serta Adun Sijangkang yang juga Exco Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Masing-masing mempunyai kelebihan baik dalam bidang agama mahupun pembangunan serta pentadbiran,” ujar bekas wakil rakyat Bebas Gombak Setia itu.

Kelebihan dijangka memihak kepada Sallehen yang sudah beberapa kali menjadi wakil rakyat.

Sementara itu Adun Chempaka yang juga Exco Iskandar Abdul Samad juga antara layak ditonjolkan tetapi faktor kesihatan yang dihadapinya mungkin menyukarkan peluangnya.

Dalam pada itu, pakatan rakyat Selangor dijangka memilih Pesuruhjaya PAS negeri Dr Rani Othman, Adun Meru jika mahu menggantikan Khalid.

Dr Rani dilihat amat rapat dengan pemimpin PKR dan DAP sekaligus pemilihan beliau memudahkan kerjasama dan persefahaman mereka dalam menguruskan negeri.

Namun, ramai ingin tahu kedudukan Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang disebut-sebut akan menggantikan Khalid.

Sekiranya pemimpin pakatan rakyat setuju PAS menerajui Selangor, impian Azmin sebagai Menteri Besar dijangka terkubur.

Pastinya kumpulan pro Khalid yang dikatakan tidak sebulu dengan Azmin boleh tepuk tangan jika bukan Azmin jadi Menteri Besar.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka main peranan besar dalam memastikan Azmin terpilih ke jawatan itu dan sekali lagi ‘persabahatan’ PAS dengan PKR akan teruji sama ada hendak akur atau tidak jika Anwar mahu Azmin sebagai Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana