KEHEBATAN NEGARA ISLAM VS NEGARA SEKULAR DALAM MERAIKAN GOLONGAN MINORITI

"All men are created equal"

"Life, Liberty and the pursuit of Happiness."

Itulah antara kata-kata hikmat yang tersurat dalam Penyataan Kemerdekaan (Declaration of Independence) untuk 13 buah negeri menjadi sebuah negara yang bernama UNITED STATES OF AMERIKA (Amerika Syarikat), bertempat di Kongres, 4 Julai 1776.

Seperti yang sudah maklum Amerika Syarikat adalah sebuah Negara Sekular - seperti yang telah termaktub dalam Declaration of Independence dan juga Perlembagaan mereka. AKAN TETAPI ramai orang Islam (termasuklah yang mengaku berjuang atas nama Siyasah Shar'iyyah/Politik Islam) tidak maklum bahawa ASAS pembentukkan Amerika Syarikat sebenarnya adalah untuk menyekat arus deras perang antara agama khusus antara Katolik dan Protestan yang sangat marak di Eropah yang berlangsung beratus-ratus tahun lamanya.

Berbondong-bondonglah lari kaum Irish, Scottish dan lain-lain kaum ke benua Amerika Utara untuk lari daripada "religious persecution" di benua Eropah. Maka antara ASAS TERPENTING pembentukkan Amerika Syarikat ialah "RELIGIOUS FREEDOM" (Kebebasan Agama).
Dan Bapa Kemerdekaan Amerika Syarikat yang tersohor - Thomas Jefferson - telah menulis satu surat yang terkenal bergelar "Wall of Separation" sebagai satu bentuk klausa tambahan ke atas Perlembagaan Amerika Syarikat bahawa perlu diwujudkan "a wall of separation between church and state" - seterusnya menjadikan Amerika Syarikat sebagai FOREMOST AND PRIMARILY A SECULAR STATE yang mana kini sering ditafsir dalam pelbagai bentuk dan cara gaya untuk memenuhi selera mereka yang Ateis, Gay, Lesbian, Sekularis, Mormon, Evangelical, Protestant, Afro-American.

Walaupun Amerika Syarikat adalah NEGARA SEKULAR, hak golongan minoriti seperti contoh orang-orang Islam yang lahir dan memang berkulit Putih Caucasian seperti Shaykh Hamza Yusuf Hanson, hari keramaian dan perayaan KEAGAMAAN orang Islam Amerika TIDAKLAH DIBERI CUTI DAN PELEPASAN UMUM seperti mana peraian Thanks Giving, Krismas (sekadar peringatan, Krismas ialah perayaan untuk penganut agama Kristian - bukan perayaan sekular). Hal yang sama turut dirasai oleh orang Yahudi Amerika yang bekerja dan sangat berpengaruh dalam semua sektor-sektor kekuasaan negara Amerika dan ITU SEMUA TIDAK MELAYAKKAN mereka menerima tempat istimewa dalam mewartakan Yom Kippur sebagai CUTI DAN PELEPASAN UMUM.Itulah Amerika Syarikat, yang mendabik dada sebagai THE LAND OF FREE dan SEKULAR, mendokong HAK ASASI MANUSIA, DEMOKRASI seperti yang termaktub dalam SEMANGAT dan SURATAN "Declaration of Independence" dan "Perlembagaan" sebagai leluhur tertinggi...

Lain pula untuk cerita bagi sebuah negara yang bernama MALAYSIA.

Malaysia adalah sebuah Negara ISLAM yang meletakkan Ketuanan MELAYU sebagai asas pemerintahan kerana asal muasal (genealogy) negara ini adalah sebagai satu WARISAN daripada Peradaban Islam di Alam Melayu yang bersepah Keraton-Keraton di Sumatera, Istana-Istana Raja-Raja Melayu yang Berdaulat di Aceh, Pasai, Linggi, Perak, Melaka, Johor, Pahang - di mana ke-RAJA-an yang terdahulu hinggalah kini meletakkan SULTAN sebagai KETUA NEGERI-NEGERI masing-masing dan kini sebagai KETUA NEGARA - BUKAN SEKADAR SIMBOLIK dan KERAMAIAN semata.
Tidak seperti di Amerika Syarikat, Selama 55 tahun lebih golongan minoriti di Malaysia telah diberi ruang, peluang dan hak-hak mereka untuk mengamalkan adat istiadat dan agama mereka malah seperti yang kita rasai hari ini, diberi juga CUTI DAN PELEPASAN UMUM di peringkat NASIONAL untuk meraikan Hari Kebesaran mereka seperti Hari Wesak.

Bukan sahaja Hari Wesak malah hari-hari kebesaran agama dan kaum lain, malah boleh juga lakukan keramaian awam (public procession) seperti halnya Thaipusam atau mercun-mercun yang bertebaran di angkasa raya ketika Gong Xi Fat Chai.Semua ini dapat dilakukan kerana kepimpinan Ketuanan Melayu serta Orang Melayu memahami makna "MUHIBBAH" yang mempunyai makna yang jauh lebih DALAM berbanding "TOLERANSI" yang diajar di Barat - yang sudah menjalar dalam budaya dan pandangan Alam mereka hasil dakwah Islam sebagai Al-Dīn - seperti mana yang terzahir dalam Convivencia di bawah pemerintahan Bani Umaiyyah di Granada dan Andalusia dan Millet di bawah Khilafah Uthmaniyyah.

Malaysia di bawah Asabiyah Bani Jawi/Melayuwi adalah PEWARIS dan PENERUS tradisi MUHIBBAH Bani Umaiyyah dan Bani Uthmaniyyah ini.Status "ISLAM AS RELIGION OF FEDERATION" juga kini telah menjadi bahan penafsiran "gaya bebas: kuak lentang, kupu-kupu" - sepertimana surat Jefferson "Wall of Separation - yang sering disalah tafsir mengikut selera kelompok yang bercakap.Kalau Karpal Singh, sekadar Islam untuk dibaca doa sebelum Majlis-Majlis Rasmi - tak lebih daripada itu.
Tetapi bagi pemimpin Ketuanan Melayu, seteruk mana pun akhlaq mereka, selagi Iman sebesar zarah melekat pada hati-hati mereka, Malaysia adalah Negara Islam, yang mungkin kalau diqiyaskan sebagai seorang Insan yang Merdeka, Malaysia masih lagi alpa dan culas dalam melaksanakan tanggungjawab Fard Ayn secara sempurna walaupun Fard Kifayah telah banyak dilakukan.

Maka, apakah dalam soal KEBEBASAN BERAGAMA, BERBUDAYA yang ada Malaysia di bawah Ketuanan Melayu dan Islam itu lebih buruk dan hodoh daripada Kuasa Besar Dunia - Amerika Syarikat yang amat bangga dengan teras Kebebasan Beragama, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia-nya?
Selamat Hari Wesak buat penganut ajaran Buddha.

P/S: Kalau UMNO dan Kerajaan bijak, anda boleh "spin" secara bijaksana apa yang saya telah hujjahkan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana