"Kamu media Umno? Saya tak mahu jawab" - Anwar...Ini Ker Seorang Mahu Menjadi PM...Porahhhh Lah


JOHOR BAHRU: Media sehingga kini masih gagal untuk mandapatkan reaksi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit tindakan bapa Saiful Bukhari Azlan yang menarik semula tuduhan bahawa kes liwat membabitkan Anwar dan anaknya adalah konspirasi Putrajaya.

Anwar ketika ditemui wartawan selepas beliau menyampaikan ceramahnya di sini enggan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.Seperti biasa, Anwar mendakwa beliau tidak akan memberi sebarang komen kepada 'media Umno'."Kamu dari mana? Media Umnokan? Saya tidak mahu cakap," katanya.

Semalam, Azlan Mohd Lazim pada satu sidang media mengumumkan menarik balik kenyataannya pada awal Mac lalu yang mendakwa anaknya diperguna oleh pihak tertentu untuk mendakwa Anwar.

Azlan turut menarik kembali permohonan maafnya kepada keluarga Anwar selain mengumumkan keluar PKR berkuat kuasa serta merta.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri untuk mengaibkan Anwar.

Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13.

Saiful menggesa ayahnya balik ke pangkal jalan dan mengelak daripada dipermainkan oleh Anwar.

Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana