Kamalanathan Timbalan Menteri Pelajaran II...Inilah Yang Kita Mahukan Cakna Semua Kaum


SHAH ALAM, 15 Mei (Bernama) -- Penyelaras Nasional bagi Pergerakan Putera MIC, P. Kamalanathan, 48, dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II.

Pengamal perhubungan awam, yang pertama kali diturunkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada April 2010 telah mengalahkan peguam Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau berjaya membawa balik kerusi Parlimen yang dimenangi oleh parti PKR melalui Allahyarham Datuk Prof Dr Zainal Abidin Ahmad pada Pilihan Raya Umum 2008 ke pangkuan BN.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, beliau berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,414 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Kamalanathan, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Perhubungan Awam dari Edith Cowan University, Perth, Australia, pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Majlis Penggalakan Minyak Sawit Malaysia (MPOPC) selama lima tahun 1993, dan pada 2001 menyertai syarikat Serba Wangi Sdn Bhd (JATI), sebuah anak syarikat Bernas.

Pada 2004, Institut Perhubungan Awam Malaysia telah mengiktiraf usahanya membangunkan 'Majlis Pelbagai Kaum Terbaik di Malaysia' bagi tahun 2004."

Kamalanathan dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Selayang dari 2004 hingga 2006 dan selain bekas Ketua Penerangan MIC.

Beliau pernah menghasilkan sebuah video dokumentari yang bertajuk 'The Truth' untuk RTM yang memaparkan kejayaan dan pencapaian komuniti India di Malaysia.

--BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana