Diugut bunuh dan difitnah 'ustaz politik', Ustaz Kazim berhenti ceramah...


Sudah tiada apa-apa lagi yang hendak dihairankan!

Di sebalik semangat berapi-api kononnya mahu memartabatkan Islam di negara ini, rupa-rupanya ada pihak yang cukup takut sekiranya, kebenaran diperkatakan dan kebatilan yang telah menjadi sebahagian daripada rukun hidup mereka didedahkan.

Untuk terus melindungi kebatilan dan keserakahan mereka, tanpa ragu-ragu mereka melakukan pelbagai perkara onar, termasuklah mengugut untuk membunuh dan mengancam nyawa dan keselamatan orang yang boleh menelanjangkan mereka.

Itulah yang berlaku kepada penceramah agama terkenal, Ustaz Kazim Elias yang telah mengambil keputusan untuk berhenti berceramah bermula dari 28 November lepas apabila ancaman terhadap keluarga dan harta bendanya semakin menjadi-jadi. Dia juga kecewa kerana telah dilabelkan sebagai USTAZ POLITIK.

Kazim merupakan salah seorang daripada penceramah 'glamour' yang memang ditunggu-tunggu ceramahnya. Programnya di sebuah stesen televisyen kabel, menjadi tarikan ramai walaupun ceramahnya dalam program berkenaan dibuat secara santai.

Berbanding dengan Azhar Idrus, seorang lagi penceramah glamour yang sangat BERPIHAK KEPADA PARTI POLITIK TERTENTU, Kazim Elias yang telah dipecat dari PAS suatu ketika dahulu kerana berjaya membuktikan kebatilan Dewan Ulama PAS Perak, amat dibenci oleh para pengikut Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Azhar Idrus pula kelihatan sangat bebas, aman dan tidak pernah diancam walaupun ceramahnya, seringkali membinatangkan, membodohkan dan menghina intelektual sesiapa sahaja yang tidak disukainya. Bahkan Azhar Idrus disanjung dan dipuja, meskipun sebagai Ustaz Politik Glamour, Azhar Idrus tidak menepati ciri-ciri seorang pengajar atau penceramah.

Ternyata, amalan yang ditunjukkan oleh para pengikut Pakatan Rakyat, khususnya orang PAS, sudah hampir menyamai puak Khawarij yang hanya senang dengan kumpulan mereka sahaja dan mengambil ketetapan untuk menumpahkan darah sesiapa sahaja yang tidak sependapat dengan mereka!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana