Ding dong jawatan Menteri Besar Selangor


Tengok huru hara pembangkang pasal nak lantik Menteri Besar Selangor, betul juga kata banyak pihak yang cukup masak dengan politik negeri itu bahawa kerusi MB Selangor ‘panas dan berhantu’.

Sebilangan MB lalu sudah rasa ‘badi’nya kerana terpaksa lepaskan kerusi tersebut setelah terpalit isu berkait peribadi.

Kali ini, Tan Sri Khalid ibrahim bakal terkena badi tersebut dan sekaligus mungkin jadi MB yang berkuasa sepenggal sahaja.

Walaupun, DAP dan PAS setuju Khalid kekal sebagai MB selepas pakatan rakyat mengekalkan kemenangani di Selangor tetapi PKR – parti diwakili Khalid sendiri berbelah bahagi.

Sebelum ini sudah ada ura-ura PKR mahu turunkan Khalid daripada kerusi itu dan menggantikannya dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Bukan rahsia lagi penentangan kem Azmin terhadap Khalid bahkan jawatan Pengerusi PKR Selangor sudah beralih kepada ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu.

Malangnya semua itu jadi caca marba dengan keputusan PRU 13 menyaksikan pakatan rakyat Selangor pimpinan Khalid dapat merampas lapan lagi kerusi milik BN.

Bezanya PAS memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama jumlah dengan DAP dan lebih satu daripada PKR Ini sekaligus buka ruang kepada PAS menamakan calon parti itu sebagai MB.

Namun, pemimpin PAS sendiri menyatakan parti itu tidak ada masalah Khalid kekal sebagai MB dan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali itu turut disokong rakan sejawatnya dari DAP, Lim Guan Eng.

Persoalan sekarang, adakah PAS benar-benar tidak mahu jawatan itu sekaligus menunjukkan parti tersebut mahu kekal di bawah telunjuk PKR dan DAP di Selangor?

Jika PAS memang tidak berminat jawatan MB, bermakna PKR berpeluang memilih siapa layak pikul jawatan itu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Cuma antara Khalid dan Azmin – siapa lebih layak?

Dengan sokongan terbuka PAS dan DAP, peluang Khalid dipilih semula sebagai MB amat cerah.

Apapun, penentangan kem Azmin yang mahu beliau dipilih sebagai MB menjadikan PKR dalam gelora malah sudah heboh Azmin dan beberapa pemimpin lain akan keluar daripada PKR.

Antara yang dilihat menyokong beliau adalah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan terbaru ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berpendapat Khalid tidak mempunyai kriteria pemimpin yang 'berpegang kepada janji' selain menjiwai politik.

Lagipun,Azmin menerusi twitternya pada Rabu menampakkan seolah-olah beliau sudah menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim seteru dengan menyifatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu ‘mengamalkan "politik melampau" justeru itu menggesa Anwar  menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

“Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” kata Azmin dalam Twitter.

Apa niat Azmin menyebarkan twitter itu hanya diketahui apabila beliau mengadakan sidang media pada Jumaat.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat sama ada Khalid atau Azmin–kedua-dua mereka berdepan masalah untuk kekal atau dilantik sebagai MB Selangor.

Tidak perlu ulasan panjang lebar corak pentadbiran Khalid di Selangor tetapi perkara lain yang perlu diberi perhatian dalam memilih MB adalah hubungan dengan pihak istana.

Sesetengah pihak berpendapat Khalid tidak mempunyai hubungan yang selari dengan istana malah beberapa tindakan beliau sebelum ini dikatakan menjejaskan kedudukan serta memberi gambaran tidak baik kepada Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah tentu mahu seorang Menteri Besar yang dapat memahami kehendak rakyat dan mempunyai hubungan baik dengan semua pihak serta menghormati institusi agama dan raja-raja.

Dalam hal ini buku rekod Khalid tidak cukup baik sekaligus timbul kebimbangan ada tindak tanduknya yang boleh menjejaskan institusi berkenaan.

Lagipun, ada dakwaan mengatakan rahsia video babitkan Khalid akan didedahkan pihak tertentu jika ADUN Pelabuhan Klang itu terus kekal sebagai menteri besar.

Difahamkan, bukan sahaja rakaman video secara tersembunyi dalam pejabatnya tetapi kononnya ada video lain membabitkan isu moral Khalid.

Azmin pula berdepan isu yang mengaitkan hubungan isterinya Samsidar Taharin dengan Anwar serta pemilikan saham bernilai berjuta-juta ringgit.

Gambar lelaki sedang melakukan aksi tidak senonoh atau ‘makan air krim’ dalam tandas yang sesetengah pihak menuduh lelaki itu adalah Azmin boleh jadi penghalang beliau sebagai Menteri Besar.

Setidak-tidaknya Azmin kena berani bersumpah laknat untuk menafikan apa didakwa sesetengah pihak babitkan isterinya dan cerita ‘air krim’dalam tandas adalah tidak benar.

Adakah Azmin berani berbuat demikian?

Jika tidak, peluangnya dilantik sebagai Menteri Besar amat sukar kerana Selangor perlu seorang pemimpin yang bersih hati dan moralnya bagi memastikan kerusi MB tidak lagi ‘panas dan berhantu’.

Bagi PAS pula jika Pesurujaya Selangor, Dr Rani Osman nak jadi MB, beliau juga patut ingat kenyataan beliau mengaitkan Sultan Selangor kononnya baginda dikatakan membenci UMNO.

Tindakan ADUN Meru memanipulasi kenyataan baginda dikecam banyak pihak apatah lagi Dr Rani dalam pada itu menuduh secara rambang bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan SUK sebagai tali barut UMNO.

Apakah dengan buat kenyataan itu Dr Rani lupa bahawa MAIS dan JAIS adalah di bawah kuasa Sultan sebagai ketua agama negeri?

Lagipun, ketika pemilihan Exco menggantikan Datuk Dr Hasan Ali, Dr Rani sudah melepas dan kali ini peluangnya ‘terlepas’ amat besar.

Jadi, siapa layak duduk di kerusi panas dan berhantu itu. Sama-sama kita tunggu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana