DAP sokong Khalid jadi MB Selangor...Apa PAS Boleh Buat Lagi


KUALA LUMPUR: DAP hari ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon Menteri Besar Selangor meskipun pemimpin Pakatan Rakyat lain belum memberi kata putus berkenaan siapa yang bakal mengisi jawatan itu.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata Khalid perlu terus mengisi jawatan itu berikutan kemenangan yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

"Tan Sri Khalid Ibrahim perlu terus menjadi Menteri Besar selepas mengetuai Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan dua pertiga dengan majoriti 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor pada pilihan raya baru-baru ini daripada yang sebelumnya (PRU-12) hanya 36 kerusi.

PKR memenangi 14 kerusi negeri di Selangor berbanding dengan DAP dan PAS yang memenangi 15 kerusi masing-masing pada PRU-13.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana