DAP Selangor tuntut penjelasan Khalid...Inilah dikatakan Rebut Kuasa


SHAH ALAM: DAP Selangor akan meminta penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit agihan kerusi exco antara DAP, PAS dan PKR.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok ketika dihubungi enggan mengulas mengenai formula 4:3:3 (Pas:DAP:PKR) yang memberikan kelebihan kepada Pas berbanding partinya dan PKR.

“Kita akan bincang semula dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berhubung perkara ini),” katanya semalam.

Khalid sebelum ini berkata pihaknya sudah menghantar senarai nama exco untuk diteliti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Khalid pada majlis di Pelabuhan Klang baru-baru ini memaklumkan pakatan pembangkang Selangor menggunapakai 'formula 3:3:4' iaitu PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi, manakala PAS empat kerusi.

Manakala jawatan Speaker akan dipilih di kalangan DAP.

Terdahulu Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mempersoalkan pembahagian kerusi exco negeri itu.

Tony menegaskan parti itu seharusnya mendapat empat kerusi exco negeri, bukan tiga sepertimana yang diumumkan oleh Khalid.

Tony berkata pemimpin DAP Datuk Teng Chang Khim dan Teresa Kok telah cuba menghubungi Khalid untuk mendapatkan penjelasan, tetapi tidak berhasil.

Comments

Unknown said…
Salam 1malaysia dan salam perjuangan. Mohon dipautkan rezabtanahadat.blogspot.com ke blog sepejuangan. Kerana saya masih dalam arena blog.terima kasih rakan sepejuangan.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana