BERITA BAIK CAJ INTERNET AKAN DITURUNKAN OLEH KEMENTERIAN BARU.


Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar caj internet di negara ini supaya pelbagai pihak termasuk peniaga kecil turut mendapat manfaat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Shabery Cheek berkata, pihaknya akan memperluas pembangunan infrastruktur komunikasi itu ke seluruh negara bagi memastikan caj internet dapat ditawarkan dengan lebih murah.Mengulas lanjut, beliau memberitahu, setakat ini, kadar penembusan jalur lebar dalam kalangan rakyat negara ini hanya 60 peratus berbanding negara maju lain yang ada antaranya sudah mencecah hampir 100 peratus.

"Kemudahan komunikasi sudah menjadi suatu perkara asas. Dulu asasnya jalan raya, api (elektrik) dan air tetapi sekarang liputan telefon dan broadband (jalur lebar).

"Tanggungjawab saya ialah untuk memperhebat perkembangan pembangunan ini dalam masa tiga hingga empat tahun dan dalam masa sama mengubah sistem analog kepada digital dalam televisyen kita," katanya.

''akan memberi perhatian terhadap undang-undang bagi melindungi rakyat termasuk dalam isu panggilan terputus atau 'drop call' serta caj jalur lebar sekiranya perkhidmatan itu terputus selama beberapa hari''

''Dalam pada itu, tambah beliau, pihaknya juga akan mempercepat pelaksanaan perkhidmatan televisyen digital supaya jumlah saluran menjadi lebih banyak dan fokus kepada kepentingan rakyat dan kepentingan awam.''

Sementara itu, menyentuh pengguguran perkataan 'penerangan' daripada kementerian itu, beliau berkata, perkara tersebut adalah sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

"Penerangan lebih dikaitkan sebagai alat penyebaran maklumat, hiburan, mungkin sedikit sebanyak membentuk pemikiran masyarakat menurut hala tuju yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Dan lebih bersifat atas ke bawah pada waktu itu dan juga memberi konotasi kementerian yang lapuk di mana banyak negara dunia sekarang sudah tidak ada lagi Kementerian Penerangan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana