Anwar semakin terdesak dan Inilah PAdahnya Janji Pada Semua Orang PR Akan Tawan Putrajaya...


KUANTAN 15 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak apabila semakin ramai pemimpin negara luar mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya.

Dalam ceramahnya di sini malam tadi, Penasihat PKR itu mendakwa akan mengemukakan bukti kepada Obama bahawa wujud penipuan dalam PRU-13.

“Presiden Obama telefon Datuk Seri Najib tak apa, tak ada masalah.

“Tapi saya hendak bagi tahu kepada Presiden Obama, Amerika pun lancar perang di Iraq, menyelamat sistem demokrasi Iraq, saya nak bagi tahu pada Amerika kita akan bagi bukti penipuan dan nak tengok kamu akan kata apa.

“Malaysia ini dimenangi UMNO pilihan raya baru-baru ini bukan dengan undi rakyat Malaysia, tetapi dengan undi ‘Banglasia’ (Bangladesh) dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) terima itu sebagai satu perkara biasa, ya la...dia ada kad biru, penipu yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana