Anwar rancang cetus kecoh di Pulau Pinang pula...Inilah Manusia Yang Tak Guna


KUALA LUMPUR 9 Mei - Kebiadaban Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengepalai perhimpunan haram di Stadium Petaling Jaya malam tadi tidak terhenti di situ kerana beliau sekali lagi akan menganjurkan perhimpunan tersebut di Pulau Pinang, Sabtu ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan merancang mengadakan perhimpunan bantahan di Padang Kota Lama pada pukul 5 petang.

Menurut sumber, Anwar dipercayai belum puas dengan kekecohan pasca pilihan raya yang ditimbulkan malam tadi dan merancang meneruskan agendanya menghasut rakyat supaya memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu.

Perhimpunan yang dijangka disertai ribuan penyokong itu antara lain berpunca daripada kegagalan pakatan pembangkang menerima hakikat menubuhkan kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

"Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang telah pun didominasi oleh parti DAP dan sehubungan itu mungkin mudah untuk beliau menghimpunkan lebih ramai rakyat dalam kalangan penyokong pembangkang.

"Perhimpunan tersebut dipercayai bertujuan mencetuskan kekecohan dengan harapan untuk melihat kerajaan sedia ada tumbang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber itu berkata, pihaknya percaya Anwar akan tetap meneruskan cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau dilihat cuba mencetuskan Malaysia Spring di negara ini.

Himpunan di ibu negara malam tadi telah menimbulkan kesesakan jalan raya sepanjang 20 kilometer di setiap laluan masuk ke Kelana Jaya sekali gus menyusahkan ribuan pengguna jalan raya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana