Anwar Persoal Panggilan Telefon Obama Kepada Najib...Apasal Dengki SAngat ANWAR ni...Redha Jer Lah


KUALA LUMPUR 16 Mei – Tindakan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipersoal ekoran beliau harus diberikan fakta sebenar mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Obama harus diberi penerangan mengenai rakyat Malaysia yang marah ekoran katanya terdapat penipuan yang berlaku pada PRU13.

“Pihak Amerika mengiktiraf pilihan raya filipina dibawah Marcos dan (piliha raya) Mesir dibawah Hosni Mubarak, jadi saya rasa adalah berpatutan sekiranya Amerika turut diberi fakta sebenar untuk menilai situasi sebenar (mengenai PRU13 Malaysia).

“Adakah sesebuah pilihan raya itu diterima sekiranya pihak media tidak diberi kebebasan? Bolehkah diterima sekiranya proses mengundi tidak boleh dipantau? Adakah sesebuah proses tersebut diterima sekiranya senarai pilihan raya dikompromi?,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut kenyataan media Rumah Putih, Obama menelefon Najib pada petang 13 Mei (waktu Amerika) bagi mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ekoran kemenangan beliau dalam pemilihan PRU13 disamping mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri menerusi sebuah kenyataan menjelaskan, Obama turut menyatakan pendiriannya menerima proses dan keputusan PRU13 yang diadakan.

Kenyataan tersebut turut menerangkan bahawa Obama diberikan penjelasan bahawa proses pilihan raya yang diadakan pada 5 Mei lalu adalah bersih dan adil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana