Anwar : "Apa Sebab Saya Nak Undur?" Sebab Janji Penuh Penipuan

PETALING JAYA 25 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan pendirian tidak akan bersara dari dunia politik sehingga berjaya memastikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan persaraan yang pernah dibangkitkan beliau sebelum ini terpaksa ditangguhkan susulan dakwaan berlakunya penyelewengan terhadap keputusan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Saya putuskan jika proses Pilihan Raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur. Tetapi dalam kes ini kita (sebenarnya) menang besar.

"Apa sebab saya nak undur?

"BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke 9. di sini hari ini.

Pada 17 Ogos tahun lalu, Anwar buat pertama kalinya menyatakan hasrat untuk mengakhiri kerjaya politik jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada PR.

Memetik laporan AFP,  beliau dijangka bakal kembali kepada kehidupan akademik sebagai salah seorang tenaga pengajar di Universiti Georgetown.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut melahirkan rasa kagum terhadap kerjasama yang terjalin ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS dalam menghadapi pertaruhan PRU13 baru-baru ini.

Tambahnya, kerjasama ini akan diperkukuhkan bagi mencapai hasrat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) .

"Walaupun terdapat detik meresahkan, kerjasama PKR, DAP dan PAS amat baik. Jangan kita nafikan kenyataan bahawa pemuafakatan ini cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.

"Rakan-rakan DAP dan PAS membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama ketiga-tiga parti cukup baik sehingga tidak ada kecacatan dalam komiten," katanya.

Keputusan PRU13 menyaksikan PR memperolehi kemenangan 89 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan pemerintahan 3 buah Negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana