Anak pemimpin PKR didakwa guna dokumen palsu

KUALA LUMPUR: Anak pemimpin PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung pembinaan jalan raya di Johor tahun lalu.

Mohd Nizam, 31, mengaku tidak bersalah menggunakan satu dokumen sebagai tulen.

Dokumen berkenaan adalah sekeping lampiran bertajuk 'Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Semberong, Batu Pahat, Johor Secara Tender Terhad'.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Anak kepada bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra dekat sini pada 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mamat@Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes itu berprofil tinggi selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Datuk K Kumarendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 kerana anak guamnya itu memberi kerjasama penuh kepada SPRM sejak kesnya disiasat pada Ogos tahun lepas.

Beliau turut memaklumkan anak guamnya itu datang secara sukarela ke mahkamah pada hari ini.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pengurusan kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana