Akta Hasutan perlu dikekalkan - Penganalisis

SHAH ALAM: Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan kerana tahap pemikiran rakyat di negara ini masih belum matang apabila berhujah mengenai ideologi dan berpolitik, kata penganalisis politik, Profesor Ahmad Martadha Mohamed.

Katanya, di sebalik amaran kerajaan agar kenyataan berbaur perkauman dan isu sensitif tidak diapi-apikan, namun ini tidak dihiraukan.

Justeru kata beliau, akta itu masih relevan untuk dikekalkan dalam sistem perundangan negara.

"Dalam konteks hari ini Akta Hasutan masih relevan terutama masyarakat masih tidak matang dari sudut pemikiran, berpolitik dan dari sudut ideologi.

"Dalam beberapa isu termasuk, keagamaan, perkauman, sensitiviti walaupun seringkali ditegaskan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat lain kadang kala masih ada yang tidak begitu mempedulikan nasihat-nasihat demikian," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyuarakan hasrat untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Ekoran tindakan pembangkang yang semakin berani mempengaruhi anak muda, kini dilihat gejala hasutan yang jelas membawa kesan negatif di mana keamanan negara semakin memburuk.

Buktinya, aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut ketika menyampaikan ucapan dalam satu Forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei yang lalu anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Adam sebelum ini dilihat berulang kali mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang dilihat bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan memerintah.

Beliau didakwa di Mahkamah Seksyen Jalan Duta di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas perbuatannya yang dilihat boleh mengancam keharmonian negara.

Adam dalam ucapannya menggesa semua pihak untuk turun ke jalan raya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus ingin menggulingkan kerajaan memerintah.

"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapannya.

Mengulas lanjut Martada yang juga pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) menambah, seandainya kerajaan nekad untuk meminda undang-undang tersebut, perkara asas dalam Akta Hasutan 1948 prinsip demi keharmonian negara perlu dikekalkan.

Jelasnya lagi, selain definisnya perlu diperjelaskan, rakyat harus sentiasa menjaga batas-batas perlakuan dan juga ucapan demi menjamin negara terus aman dan damai.

"Kalaupun perlu dipinda pentakrifannya perlu lebih jelas, misalnya apa juga tindakan perkataan yang dilontarkan yang mampu menimbulkan konflik itu boleh dikategorikan sebagai akta hasutan. Definisi hasutan itu perlu diperjelaskan.

"Walau apa pindaan yang ingin dibuat asasnya perlu dikekalkan.

"Kita melihat apakah prinsip pelaksanaan akta ini adalah ingin mengekalkan keharmonian sesama berbilang kaum yang terdiri pelbagai bangsa." ujar beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana