Ahmad Said terima surat perlantikan MB Terengganu...Alhamdulilah


KUALA TERENGGANU: Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan sudah menerima surat perlantikan jawatan menteri besar dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai beberapa calon yang dikatakan bakal mengisi jawatan penting itu.

Ahmad Said berkata majlis angkat sumpah akan diadakan beberapa hari lagi serentak dengan perlantikan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Saya telah pun menghadap ke bawah DYMM Sultan Terengganu sebentar tadi dan telah pun menerima surat perlantikan persetujuan oleh YAB Perdana Menteri melantik saya sebagai Menteri Besar Terengganu dan Tuanku telah memperkenankannya.

“Majlis mengangkat sumpah jawatan menteri besar akan diadakan serentak dengan jawatan exco. Insya-Allah akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata barisan exco yang bakal dilantik sudah dikenal pasti dan disenaraikan menjelang hari mengangkat sumpah.

Ahmad Said berkata demikian pada sidang media di kediaman rasmi Seri Iman selepas menghadap Sultan Terengganu kira kira jam tiga petang.

Beliau berkata pihaknya hanya akan menentukan portfolio exco yang dilantik selepas kerajaan pusat menyenaraikan barisan menteri kabinet.

Ia bagi memastikan pelarasan dapat dilaksanakan antara kerajaan pusat dan negeri bagi melicinkan urusan pentadbiran.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13, Barisan Nasional (BN) Terengganu menang 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan manakala bagi kerusi Parlimen, BN menang empat daripada lapan kawasan Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana