Zul Noordin: Pemimpin PAS mahu saya menang


SHAH ALAM: Sejurus selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mendedahkan telah dihubungi seorang pemimpin kanan PAS yang mengharapkan kemenangannya di kerusi yang disandang parti itu.

Enggan mendedahkan identiti pemimpin berkenaan, sentimen serupa juga katanya ditonjolkan oleh kebanyakan ahli-ahli PAS yang rata-rata menolak penyandang kerusi tersebut, Khalid Samad.

Sokongan yang diterima dari keseluruhan pengundi di Shah Alam juga dirasakan memihak kepada dirinya berdasarkan respon yang diterima.

“(Sokongan) Bukan (sekadar) orang Shah Alam..orang Shah Alam itu sudah...(tapi) orang PAS sendiri.

“Semalam selepas pengumuman calon, ada seorang pemimpin kanan PAS telefon saya..dia kata 'Syeikh, harap-harap ente (awak) menangla di Shah Alam, kami pun sudah tak tahan'.

“Rakan-rakan PAS semalam jumpa dengan saya menyatakan 'yang ini (Khalid Samad) kita kasi halaulah'..jadi nampak sangatlah..,” dakwa beliau yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai calon Sahabat BN baru-baru ini.

Untuk rekod, Zulkifli sebelum ini merupakan penyandang kerusi Parlimen Kulim – Bandar Baharu yang dimenanginya atas tiket PKR sebelum bertindak meninggalkan parti itu dan menjadi ahli Parlimen Bebas ‘mesra BN’.

Mengulas lanjut, Naib Presiden PERKASA itu menjelaskan yang beliau tidak pernah bermimpi untuk menjadi calon parti pemerintah itu namun bersedia menggalas tanggungjawab tersebut demi untuk mengelakkan negeri Selangor yang ditadbir pakatan pembangkang ketika ini daripada dimusnahkan.

“Saya tak pernah mimpi (untuk menjadi calon di Shah Alam)..realitinya kita mesti tawan balik Selangor untuk mengelakkan negeri Selangor daripada dimusnahkan. Itu realitinya,” tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana