Video seks: PAS perlu bentuk j/k disiplin- Atory


SHAH ALAM: Sebuah jawatankuasa disiplin perlu dibentuk bagi menyiasat kesahihan penglibatan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam video seks bersama seorang wanita tempatan di bilik sebuah hotel.

Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, PAS tidak boleh bertindak konservatif dengan menidakkan bukti video berkenaan malah tindakan perlu diambil selaras dengan prinsip parti Islam itu yang memperjuangkan hukum hudud.

"Kena panggil dia (Mustafa Ali), pertahankan diri dia, dan bentuk satu jawatankuasa disiplin, itu cara dia. Jawatankuasa disiplin akan buat keputusan, mereka lebih tahu. Apa juga keputusan yang dibuat kena patuh," kata beliau.

Majlis Syura Ulama PAS bagaimanapun berpendirian tidak akan memanggil Mustafa untuk memberi penjelasan, selain menganggap ia sebagai 'fitnah yang tidak perlu diendahkan'.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh kepada Antarapos.

Dr Atory selain itu meminta Mustafa mencontohi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang bersikap 'gentleman' meletakkan jawatan apabila difitnah merogol seorang gadis bawah umur pada tahun 1994.

Beliau berkata, Abdul Rahim mempamirkan integriti seorang pemimpin walaupun kes itu mengambil masa bertahun untuk dibuktikan, dan ternyata beliau 'dikambing-hitamkan' bagi kepentingan sesetengah pihak.

"Semasa di kemuncak sebagai Ketua Pemuda Umno dahulu, dia di'frame'kan, tapi ternyata tidak benar. Tapi sebagai seorang yang gentleman, dia meletak jawatan. Akhirnya dia dibuktikan tidak bersalah, tapi lama lepas tu."

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu menambah, tindakan yang sama turut diambil oleh beberapa pemimpin Barat yang dipalitkan kontroversi sedemikian, yang mana langkah meletak jawatan dilihat sesuatu baik dalam meredakan ketegangan.

"Sebab fitnah ini berat, letak jawatan dulu dan bersihkan. Lepas tu bila dah betulkan, baru ambil balik jawatan tu.

"Kalau tak letak jawatan, hal ini akan diheret. PAS akan hadapi pilihan raya dan sebagainya. Ia akan beri kesan yang tidak baik kepada parti (PAS) dan Pakatan Rakyat. Ini satu kesan yang berat yang melibatkan pemimpin ulung, Mustafa Ali," ujar beliau lagi.

Disifatkan sebagai lumrah pemimpin politik, Dr Atory turut menasihatkan Mustafa melihat kepentingan parti politik dan rakyat apabila dikaitkan isu sebegini.

"Kalau dia tahan dengan musibah ini, dia tak letak jawatan dia pun tak apa. Tapi apa akan terjadi kepada parti? Nak memikirkan diri dia atau memikirkan parti dan rakyat?" soal beliau.

Mustafa sehingga hari ini bertegas beliau tidak terbabit dalam video seks berkenaan dan menyerahkan kepada peguamnya untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Menurut beliau lagi, ia merupakan fitnah yang diadakan musuh politik Pakatan Rakyat, selain menafikan beliau telah meletak jawatan selepas video itu tersebar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana