Tujuh pemimpin DAP N.Sembilan sokong BN...Sokongan Kaum India Dalam DAP Semakin Kritikal


GEMENCHEH: DAP Negeri Sembilan menyambut baik manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu sambil menyifatkan manisfesto berkenaan bersifat menyeluruh dalam memenuhi aspirasi seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

Malah, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata sebab utama beliau dan rakannya menyokong BN adalah kerana aku janji yang dilafazkan Najib jelas menguntungkan kaum India di negara ini.

"Kami semua sokong BN pada PRU-13 ini selepas melihat manifesto BN adalah aku janji tulen, yang nyata membela kaum India berbanding pembangkang yang tidak mengiktiraf itu sebagai aku janji," katanya pada sidang akhbar di Ladang Regent, Gemencheh, dekat sini malam tadi.

Sabtu lalu, Najib ketika membentangkan manifesto mengumumkan dana saham amanah sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan ekuiti komuniti kaum India, sekurang-kurangnya sebanyak 3 peratus.

Unit khas juga akan ditubuhkan bagi memantau dasar yang dilaksanakan itu mampu meningkatkan mutu hidup kaum tersebut, selain RM50 juta diperuntukkan untuk dana TEKUN dan peluang pendidikan yang menyeluruh kepada anak-anak kaum India.

Pada majlis Mesra Rakyat DAP di Ladang Regent malam tadi juga turut menyaksikan sebanyak tujuh pemimpin kanan DAP negeri itu mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada DAP Negeri Sembilan.

Kumpulan terbabit yang diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham merupakan individu terawal yang membantah dan membuat laporan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hujung tahun lalu.

Selain David, enam lagi yang menyatakan pendirian mereka ialah Setiausaha DAP Cawangan Ladang Paroi, Mahendran Krishnan, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis dan Naib Pengerusinya, Jesu Dason, Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, Chelvam Kathan, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Regent, M. Subramaniam dan Setiausaha DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang, S. Karthiyaini.

Kesemua mereka yang mengaku masih menjadi ahli DAP, sebelum ini telah membuat laporan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penipuan dalam isu CEC tersebut.

Katanya, ini kerana mereka telah lebih 24 tahun bersama DAP namun hasilnya tidak memihak kepada kaum India.

"DAP membisu dalam isu CEC dan bercakap soal salah taip. Hari ini, isu salah taip dan silap kira timbul lagi dalam pembikinan projek mega DAP termasuk terowong yang menelan belanja berbilion ringgit itu.

"Ketua Menteri, Lim Guan Eng macam budak sekolah, kamu mentadbir negeri, takkanlah asyik silap kira dan silap taip," katanya.

Tambah David lagi, Guan Eng juga sering 'diselamatkan' oleh bapanya, Lim Kit Siang dan sebab itulah ahli akar umbi menggelarkan DAP pada hari ini parti penuh dengan sandiwara kerana di dalamnya terdapat bintang "Bollywood" dan "Hong Kong".

David berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mendekati kaum India dan menjelaskan mengapa mereka menyokong BN dan menceritakan pengalaman 'ngeri' berada dalam DAP, sehingga kaum India dipermain-mainkan.

"Saya percaya, lambat laun kami akan dipecat sebagai ahli DAP. Tunggulah masa yang sesuai untuk kami keluar beramai-ramai daripada DAP ini. Ahli kami di peringkat cawangan juga akan turut sama dibawa menyokong BN dalam PRU-13 ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana